Buletin

TATA CURVV – HMMMMMMMMMMMM

Menurut rekod, penghasilkan Tata Curvv ini dihasilkan sebagai memenuhi keperluan segmen yang berbeza yang mencari pilihan yang mungkin citarasanya sedikti extra vaganza tetapi dalam masa yang sama mahukan sesuatu dengan ciri lebih premium.

Sebelum kita ulas lebih lanjut, marilah kita semua raikan pelbagai pendapat mengenai rupa bentul Tata Curvv ini. Adakah ini sebuah SUV Coupe? Crossover? Sukar untuk kita meneka apa yang ada dalam fikiran sang pereka? Proposisi badan kenderaan ini secara keseluruhan yang macam tidak berapa kena.

Mungkin ianya boleh dipuji dari beberapa sudut seperti rekaan lampu belakang, dan juga rekaan fascia hadapan yang kelihatan agak moden.

Tata Curvv ini sebetulnya terlebih dahulu diperkenalkan sebagai model konsep pada April 2022 sebelum ianya sahih untuk diproduksi secara massa kira – kira dua tahun kemudian.

Tata Motor selaku pengeluar model ini berkata, mereka cuba menjadikan Tata Curvv ini sebagai pilihan utama kepada pengguna dengan memperkenalkan dua pilihan enjin petrol melalui Enjin suntikan langsung Hyperion Gasoline baharu dan enjin 1.2 L Revotron petrol turbocharged.

Juga terdapat pilihan trenkuasa daripada enjin diesel Kryojet 1.5 liter yang mana enjin enjin ini digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan dan juga kotak gear dwi – klac auto tujuh kelajuan.

Menarik untuk dimaklumkan ini merupakan kemunculan pertama enjin GDi dibangunkan sendiri Tata dengan menawarkan enjin suntikan langsung petrol Hyperion.

Antara ciri menarik yang terdapat pada Tata Curvv ini adalah ruang but terbaik kelasnya, 500 liter. Cukup luas sebenarnya untuk sebuah model yang bersaiz kompak sebegini. Malah ianya turut dilengkapi dengan fungsi auto tailgate melalui kawalan gerakan isyarat. Serupa model mewah.

Bahagian kabinnya turut menampilkan skrin infohiburan bersaiz paling besar, 12.3 inci daripada Harman, manakala paparan digital kluster meter pula bersaiz 10.2 inci.

Untuk menghiburan kesemua penumpang di dalam kenderaan, Tata Motor telah memasang sistem pembesar suara daripada JBL yang terbukti dengan kualiti yang dimilikinya. Sistem pembesar suara ini terdiri daripada 9 pembesar suara suara dan juga woofer.

Ciri keselamantan moden pula terdiri daripada ADAS level 2 menjadikan kawalan pemanduan lebih mudah dan tenang untuk pemandu.

Agak menarik juga apabila Toto Curvv ini turut dilengkapi dengan ciri teknologi iRA 2.0 dengan fungsi kawalan menghidupkan / mematikan enjin dari jauh yang pastinya membuatkan ianya lebih selesa untuk dipandu.

BACA : TATA NEXON BAHARU – KINI TURUT HADIR DENGAN VARIAN EV

BACA : TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA

Google ads

B K

Back to top button