" "
Buletin

TATA LANCAR SUV PUNCH DI INDIA. 4 VARIAN, ENJIN 1.2L N/A, BERMULA RM30K SAHAJA

Tata baru-baru ini melancarkan SUV kompak pertamanya untuk pasaran India bagi bersaing dengan model-model seperti Hyundai Casper, Suzuki Ignis, Renault Kwid dan Mahindra KUV100.

Tata Punch mengetengahkan bahasa rekaan Impact 2.0 yang merupakan hasil kerjasama di antara studio rekaan Tata di India, United Kingdom dan Itali. Manakala semua kerja-kerja kejuteraan dilakukan di India.  

Jentera tersebut tampil dengan trend rekaan sekarang yang mempunyai dua lapisan lampu, bentuk maskular, cladding pada arca roda, side sil dan warna badan dua tona.  

Ia menggunakan rim bersaiz 15 atau pilihan 16 inci yang kelihatan lebih menarik. Dengan dimensi 3,827mm dan tapak roada 2,445mm, Punch adalah lebih besar berbanding Casper tetapi kecil jika dibandingkan dengan Citroen C3.

Walaupun menjadi model asas, Tata tidak segan untuk menyatakan kemampuan off-road Punch. Jentera tersebut menawarkan sudut mendekat 20.3°dan sudut  departure 37.6° selain keupayaan mengharung airsedalam 370mm.

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 190mm, ia mudah untuk mengharung laluan di India yang teruk.

Punch dibina di atas platform ALFA (Agile Light Flexible Advanced Architecture) yang turut digunakan oleh hatchback Altroz. Tata mendakwa Punch menerima penarafan lima bintang oleh Global NCAP, satu pencapaian yang cukup baik untuk kenderaan sebesar ini.

Punch digerakkan oleh enjin Revotron aspirasi biasa bersesaran 1.2 liter berkuasa 84hp dan tork 113Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear lima kelajuan manual atau automatik.

Model kompak berkenaan ditawarkan dalam empat varian iaitu Pure, Adventure, Accomplished dan Creative, di samping pakej custom Rhythm dan Dazzle.

Biarpun sebuah kereta bajet, kemasan warna pada papan pemuka membuatkannya kelihatan lebih segar. Kabinnya menawarkan lima tempat duduk dengan ruang but mencecah 366 liter.

Dari segi kelengkapan, varian Pure dipasang dengan dua beg dan cermin tingkap kuasa. Manakala varian Adventure menerima sistem infohibur bersaiz 4 inci, satu port USB dan butang kawalan pada stereng.

Varian pertengahan  Accomplished ditambah dengan lampu LED, sistem kawalan jelajah, skrin infohibur 7 inci, enam unit pembesar suara dan butang penghidup enjin.

Varian tertinggi Creative dilengkapi panel instrumen 7 inci, pendingin hawa, lampu utama dan penggilap cermin automatik, rim aloi 16 inci dan banyak lagi.

Pelanggan sudah boleh menempah Punch yang ditawarkan pada harga bermula AS$7,287 (RM30,400) hingga AS$12,466 (RM52,000) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button