TATA MOTORS PERKENAL KERETA SPORT KECIL DI GENEVA – RACEMO
Sama seperti pengeluar ternama yang lain, Pameran Motor Geneva adalah peluang untuk mempamerkan produk dan inovasi baru kepada dunia. Tata Motors – konglomerat automotif terbesar India juga tidak ketinggalan memperkenalkan barisan produk baru mereka.
Menerusi syarikat sub-jenama baru yang dikenali dengan TAMO, model sports kecil yang dikenali dengan nama RACEMO ini dibina sedikit berbeza. Jika kuasa kuda menjadi percaturan Itali dan Amerika, RACEMO pula mempunyai keunikan tersendiri.
Ia dibina kecil dan kompak dengan kapasiti enjin 1.2 liter dengan bantuan sistem turbo yang menghasilkan 190ps dan tork 210Nm. Enjin pemasangan tengah ini digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang mampu memecut 0-100km/j dalam masa 6 saat.
Kereta ini turut dilengkapi lampu utama LED, tangki bahanapi 40 liter, stereng berkuasa elekttrik dan dua beg udara hadapan.
Racemo direkabentuk di studio rekaan Tata Motors di Turin, Itali. Nampak, Tata pun ada design studio kat Itali kau. Ia dibina berdasarkan struktur MoFlex Multi-Material Sandwich atau MMS. Struktur ini didakwa membolehkan permukaan dioalah semula dengan mudah. Ia juga pertama seumpamanya digunakan dalam sektor automotif
BACA: TATA ECOOMY CAR – USAHASAMA TATA+VW
BACA: DRB LANCAR MODEL BARU TATA