
TATA HARRIER MADE IN INDIA. INGAT TOYOTA AJA ADA HARRIER?
Tidak pasti sama ada ianya disengajakan atau tidak. Memang benar. SUV yang dipaparkan ini menggunakan nama plat nama Harrier, tetapi bukanlah pengeluarnya Toyota. Akan tetapi ianya merupakan sebuah SUV keluaran Tata Motors. Bila dilihat sekali imbas, nampak macam orait juga kan Tata Harrier ini?
Tata Harrier ini merupakan SUV bersaiz sederhana, yang merupakan produk bagi mengisi ruang kosong diantara dua barisan SUV Tata Nexon dan juga Tata Safari. Ianya telah dilancarkan pada tahun 2019 yang lalu. Sebenarnya ada sesuatu yang menarik disebalik kelahiran SUV Tata Harrier ini. SUV ini telah direka berasaskan pelantar OmegaArc akan tetapi menjalani proses kejuruteraan semula daripada pelantar D8 bagi menghasilkan SUV yang kelihatan agak bergaya ini. Dan tahukah bahawa, daripada pelantar D8 ini sebenarnya terhasil beberapa model SUV yang popular di Eropah seperti Range Rover Evoque, Land Rover Discovery Sport dan juga Jaguar E-Pace. Kira Tata Harrier ini mempunyai bau bau bacanglah dengan kesemua model SUV handalan tersebut.

Walau bagaimanapun pelantar OmegaArc ini telah direka semula bagi mengimbangi kos pengeluaran seperti perbezaan di bahagian sistem ampaian bahagian belakang dan juga pengurangan sedikit terhadap ketegaran besi pelantar ini. Begitu juga dengan beberapa spesifikasi yang mungkin dikurangkan bagi mengurangkan kos seperti penggunaan brek cakera tunggal di bahagian hadapan sahaja. Begitu juga dengan penggunaan sistem pacuan dua roda sahaja tanpa sistem pacuan empat roda.
Tapi apa ada hal, yang penting Tata Harrier ini sebenarnya tidaklah terlalu kodi. Rekaan luarannya kelihatan cukup kena dengan selera anak muda masa kini. Paling penting, rekaan keseluruhan model ini boleh diterima untuk produk global. Rekaannya setanding dengan SUV keluaran dengan Asia dan Eropah yang lain.

Ruangan kabin Tata Harrier ini tampil dengan eleman mewah apabila bahagian papan pemuka dilayangkan dengan sentuhan kayu Oak berwarna coklat gelap. Balutan tempat duduk daripada uplholsteri mewah turut dikenakan yang turut sinonim berwarna coklat dengan papan pemuka. Manakala skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci berserta 9 set speaker daripada JBL memastikan halwa telinga penumpang berupaya menerima alunan muzik dengan lebih jelas.

Agak menarik juga apabila Tata Harrier ini tidak menggunakan tipikal brek tangan seperti kenderaan yang lain. Sebaliknya gaya / rekaan brek tangan daripada pendikit milik pesawat bagi kelihatan sedikti rugged. Manakala bahagian perehat tangan turut mempunyai dwi fungsi yang praktikal apabila berupaya menjadi tempat penyimpanan menyejukkan buat minuman penumpang. Oklah boleh simpan air tin Teh Bunga dalam tu kan.
Menggerakkan SUV ini adalah trenkuasa daripada Kryotec 170 Turbocaj BS6 Diesel yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan 350 Nm yang dipadankan melalui gandingan kotak gear auto atau manual. Dan trenkuasa ini adalah pilihan tunggal yang ada ditawarkan buat pengguna di India.
Untuk memiliki SUV yang mempunyai rupa yang menarik ini, harga yang sepatutnya dibayar oleh pengguna hanyalah Indian Rupee 14 39 900 (RM80,485) sahaja untuk varian standard.