Motosikal

YAMAHA PERKENAL MT-03 IRON MAN KE PASARAN BRAZIL

Yamaha Motor Brazil sentiada menawarkan model-model edisi khas. Selepas melancarkan skuter NMAX Star Wars Edition dan dua model tema Marvel (Captain America dan Black Panther), kini satu lagi jentera menarik ditawarkan.

Model yang dikenali sebagai MT-03 Iron Man Edition itu boleh dimiliki pada harga 27,790 real (RM21,220) seunit. Sarat dengan karekter adiwira Iron Man, ia bagaimanapun tidak menerima sebarang naik taraf dari segi mekanikal.  

Motosikal naked tersebut menggunakan skema warna Iron Man iaitu merah emas. Jentera itu juga dibezakan menerusi pelekat Yamaha dan Marvel pada fairing sisi, selaian logo Avengers pada fairing lampu hadapan serta imej Iron Man di atas yangki minyak.

Fascia hadapan dihasil agar kelihatan seperti topeng Iron Man. Apa yang menarik, lampu projektor berbentuk bulat itu membuatkannya kelihatan sama seperti lampu pada dada adiwira terserbut. Bahagian belakang dibiarkan ringkas dengan grafik seperti senjata Iron Man.

Kerangka, fork, angkup brek swingarm dan enjin diwarnakan hitam. Kemasan kuning keemasan diberi pada rim agar kelihatan lebih sporty.

MT-03 Iron Man bagaimanapun masih menggunakan enjin dua silinder DOHC bersesaran 321cc. Enjin dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa sehingga 42hp dan tork 29.4Nm.

Aspek tunggangan dipertingkat menerusi penggunaan fork jenis terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Sportbike berkenaan dipasang dengan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, lengkap bersama sistem brek anti-kunci (ABS). Rim bersaiz 17 inci itu pula dibalut tayar daripada Metzeler.  

GALERI

Google ads
Back to top button