
TATA MOTORS UMUM BARISAN TRAK TERSEDIA DI PASARAN THAILAND
Tata Motors baru-baru ini mengumumkan bahawa telah memulakan penjualan kenderaan komersialnya di Thailand.
Syarikat itu berkata ia memperkenalkan barisan trak, termasuk Super Ace, Ultra T.9, Ultra T.14 dan Prima 5038.S, dengan pelbagai perkhidmatan nilai tambah.
Pada April tahun ini, Tata Motors mengumumkan perkongsian strategik dengan Inchcape plc sebagai pengedarnya untuk kenderaan komersial di Thailand.

Selain itu, Inchcape plc juga akan mewujudkan 13 rangkaian pusat jualan bagi memudahkan pelanggan di Thailand termasuk menyediakan perkhidmatan dan alat ganti.
“Bersama-sama dengan Inchcape, kami yakin dapat memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pelanggan kami dengan pusat jualan dan perkhidmatan,” kata Ketua Kenderaan Komersial Tata Motors (Perniagaan Antarabangsa), Anurag Mehrotra.
Tambahnya lagi, untuk peringkat awal ini, Inchcape akan menawarkan Super Ace, Ultra T.9, Ultra T.14 dan perdana Prima 5038.S terlebih dahulu bagi menangani pelbagai keperluan di Thailand.
- BACA: TATA NEXON BAHARU – KINI TURUT HADIR DENGAN VARIAN EV
- BACA: INOVASI NEXT LEVEL, TUKANG KAYU UBAH SUAI KERETA TATA NANO SERUPA HELIKOPTER – TELAN KOS RM16K
- BACA: TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA
- BACA: TATA PERLIHAT KONSEP AVINYA, MINIVAN ELEKTRIK, CAS 30 MINIT BOLEH JALAN 500 KM