
MICHELIN MALAYSIA TAWAR TIGA TAYAR BASIKAL PREMIUM BAHARU – HARGA BERMULA RM105
Michelin Malaysia kini muncul dengan produk baharu iaitu tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia.
Menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatan, Cyclistic Malaysia, Michelin Malaysia berhasrat untuk merevolusi pengalaman para penunggang basikal di seluruh negara.
Tayar basikal premium berprestasi tinggi keluaran Michelin kini boleh didapati di tujuh outlet Cyclistic serta lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang.

Katalog tayar basikal Michelin merangkumi Michelin Power Cup Competition Line, di mana ia sesuai untuk digunakan pada sesi perlumbaan atau latihan.
Tambahnya lagi, kelajuan, keefisienannya diilhamkan oleh teknologi MotoGP. Ia berciri ringan serta lasak, disumbang oleh Michelin Aramid Shield Technology dan selongsong 3×120 TPI.
Bagi Michelin Wild Enduro Front Racing Line pula, ia dirumus untuk penunggang menguasai semua jenis landasan.
Ia dikhaskan untuk dipasang di roda hadapan, tapi juga boleh dimuatkan di roda belakang bagi menambah daya cengkaman.
Selain itu, ia turut dilengkapi kombinasi antara bunga tayar Magi-X DH dan Down Hill Shield, sekali gus memberikan lebih daya cengkaman.
Seterusnya ialah Michelin Wild Am Performance Line, diperkuatkan dengan “Bead To Bead Protection” yang mengoptimumkan rintangan terhadap kebocoran.
Bunga tayarnya dijuruterai untuk meningkatkan cengkaman, terutamanya di roda hadapan, manakala selongsong “Trail Shield” menjamin tahap keselamatan dan prestasi yang berpanjangan dengan struktur binaan 4×60 TPI.
Untuk harga, tayar-tayar basikal Michelin ini boleh dimiliki pada harga seperti yang tertera di bawah:
- Michelin Power Cup Competition Line: RM240 – RM315
- Michelin Wild Enduro Front Racing Line dan Michelin Wild Am Performance Line: RM105 – RM290
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/bicycle-malaysia.
GALERI:





- BACA: MICHELIN BRAND EXPERIENCE 2023 DI LITAR SEPANG. SERLAHKAN KEUPAYAAN SEBENAR TAYAR PILOT SPORT 5 DAN PRIMACY SUV+
- BACA: MICHELIN JEMPUT GAMER WAKILI MALAYSIA DALAM ‘PIALA ASIA MICHELIN DIKUASAKAN OLEH GRAN TURISMO’
- BACA: MICHELIN LANCAR TAYAR PRIMACY SUV+. PILIHAN SAIZ 16 HINGGA 20 INCI
- BACA: TAYAR MICHELIN ROAD 6 UNTUK MOTOSIKAL. LEBIH CENGKAMAN, TAHAN LAMA


