Buletin

INOVASI NEXT LEVEL, TUKANG KAYU UBAH SUAI KERETA TATA NANO SERUPA HELIKOPTER – TELAN KOS RM16K

Bercakap tentang inovasi dan pengubahsuaian, India ialah rumah kepada bakat unik meskipun kadang-kalanya tak masuk dek akal.

Salah satu contoh terbaru yang membuktikan kekuatan inovasi India telah muncul dari Azamgarh, Uttar Pradesh.

Seorang tukang kayu, Salman menjadi sensasi Internet dengan membawa inovasinya ke peringkat seterusnya iaitu mengubah kereta Tata Nano menjadi ‘kereta helikopter’.

Tata Nano ialah kereta bandar kompak yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh pembuat kereta India, Tata Motors sebagai hatchback enjin belakang.

Ia merupakan kereta ekonomi yang bertujuan menarik minat penunggang motosikal dan skuter untuk membeli kereta tersebut. Harga Tata Nano ketika pelancaran pada 10 Januari 2008 ialah AS$1,300 (RM5,762) sahaja.

Namun, pengeluaran Tata Nano telah dihentikan pada tahun 2020 kerana tidak mendapat sambutan daripada pengguna kereta di India. Ia dianggap sebagai ‘kereta rakyat’ oleh Tata Motors.

Menurut laporan, perbelanjaan pengubahusaian itu menelan kos hampir AS$3,622 (RM16,056). Tetapi, setiap sen yang dibelanjakan untuk “kereta helikopter” berbaloi kerana ia terkenal di sekitar bandar berkenaan.

Berasal dari latar belakang yang sederhana, Salman menghidupkan impian zaman kanak-kanaknya untuk menerbangkan helikopter dengan “kereta helikopter” inovatifnya.

Google ads
Back to top button