
KAWASAKI ALL STAR SETAPAK RASMI DILANCARKAN, PERKENALKAN KAWASAKI Z900RS 2024
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), baru-baru ini secara rasmi melancarkan pusat 4S All Star baharu, KAWASAKI Setapak.
Pusat 4S baharu itu menawarkan rangkaian model motosikal KAWASAKI dan empat aspek perniagaan iaitu jualan, alat ganti, servis serta bilik pameran.

Menurutnya, Produk yang disediakan di KAWASAKI All Stars pasti dapat memuaskan hati pelanggan, selain menekankan aspek paparan serta reka bentuk bilik pameran.
Perkembangan berkaitan, MODENAS mencapai satu lagi pencapaian penting iaitu memperoleh penarafan lima bintang daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk 11 modelnya sebagai sebahagian daripada Malaysian Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).

Pengiktirafan ini menjamin kedudukan MODENAS sebagai pengeluar penarafan 5 bintang terbanyak dengan jumlah 13 motosikal.
Pada majlis perasmian itu, syarikat berkenaan turut melancarkan Kawasaki Z900RS, menandakan penampilan pertama ‘Yellow Ball Edition’ di pasaran Malaysia.
Kawasaki Z900RS 2024 ‘Yellow Ball Edition’ adalah motosikal retro yang ditayangkan di Jepun pada awal tahun ini, dipacu oleh enjin empat Sebaris 948cc, menghasilkan 109hp @ 8,500rpm dan 98.5Nm @ 6,500rpm tork.
Untuk harga, jentera ini boleh dimiliki pada harga bermula RM63,800 dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mengenai bilik pameran dan model terkini, sila layari laman web rasmi KAWASAKI di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop.
- BACA: EMOS TAWAR KHIDMAT TUNDA PERCUMA UNTUK JENTERA KAWASAKI DAN MODENAS REBADGE
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-25R PREBIU DI MOTOGP MALAYSIA. LANCAR TAHUN DEPAN, CKD GUNA JENAMA MODENAS, HARGA KOMPETITIF!
- BACA: MODENAS AKAN MULA PASANG DAN IMPORT MOTOSIKAL KAWASAKI
- BACA: EDARAN MODENAS DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR RASMI MOTOSIKAL KAWASAKI



