Buletin

TEKSI PROTON EXORA MELETUP. GAS CECAIR PEMBASMI KUMAN BOCOR

Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak.

“Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.

“Teksi tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA,” katanya.

Beliau menambah, pemandu berusia 64 tahun dilaporkan melecur ringan pada lengan dan muka.

Katanya, mangsa warga tempatan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. – SH

Google ads
Back to top button