Buletin

TATA TIAGO JATUH DARI TINGKAT 1 KETIKA PENGHANTARAN. PELANGGAN MASIH DALAM KERETA

Seorang pelanggan yang ingin mengambil kereta Tata Tiago baharu berdepan situasi mendebarkan apabila kenderaan terbabit jatuh dari tingkat satu di Hyderabab, India.

Menurut laporan cartoq, kejadian berlaku di pengedar rasmi Tata Motors , Select Cars yang merupakan salah satu bilik pameran terbesar berdekatan Alkapuri Cross Road, Nagole, Hyderabab.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kenderaan yang ingin diserahkan kepada pelanggan itu berada pada aras satu bilik pameran dalam posisi menggunakan ramp hidraulik.

Pelanggan berkenaan berada di dalam kereta dan sedang mendengar penjelasan jurujual tentang ciri-ciri Tiago tersebut.

Bagaimanapun, ketika sedang mendengar penjelasan, kenderaan itu meluncur laju ke hadapan dan menjunam jatuh dari tingkat satu.

Tidak dapat dipastikan sama ada, mengapa pelanggan tidak menekan brek ataupun bagaimana kenderaan boleh bergerak.

Berikutan insiden terbabit, pelanggan di bahagian pemandu itu dan seorang lagi berada di luar bilik pameran mengalami kecederaan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. – cartoq

Google ads
Back to top button