
TEMPAHAN KHAS ROLL-ROYCE PHANTOM DENTELLE UNTUK BAPA. INI BARU BETUL RARE, SATU SAHAJA DI DUNIA
Menggembirakan kedua orang tua adalah perkara yang wajib kita laksanakan tak kira dari segi apa cara sekali pun. Yang kurang berkemampuan, dapat balik kampung menjengah mereka pun sudah sudah memadai untuk menggembirakan mereka. Yang lebih berkemampuan, barangkali menghadiahkan mereka kereta adalah ultra gembira buat mereka. Tapi bagaimana pula dengan ultra berkemampuan?
Nah, seorang pelanggan dari Timur Tengah yang sifat kaya mungkin sukar diungkap mempunyai cara yang cukup istimewa untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada bapanya. Pelanggan tersebut telah memesan model Roll-Royce Phantom Dentelle yang paling istimewa satu – satunya ada di dunia ini melalui Private Office Dubai Designer bagi merealisasikan hasratnya itu.

Penghasilan model Roll-Royce Phantom Dentelle yang wujud hanya satu di dunia ini berinspirasikan daripada sehelai renda couture yang halus dan elegan. Fabrik ini dihasilkan menggunakan Leavers loom yang jarang – menampilkan elemen bunga tiga dimensi dan butiran lembut seperti mutiara. Tekstur yang rumit dan palet lembutnya membentuk asas kreatif bagi penghasilan reka bentuk dalaman dan luaran bagi menampilkan karya seni kerja tangan bespoke.
Perekanya telah mencipta komposisi bunga yang diilhamkan daripada renda couture dengan sulaman yang mengandungi pelbagai teknik jahitan, kepadatan benang dan campuran tona termasuklah Rose Gold, Sunrise dan juga Oatmeal sekali gus menampilkan tekstur kelopak, spora serta kerja renda.

Bahagian tengah di antara tempat duduk belakang meneruskan tema flora dengan sulaman halus yang mencerminkan butiran botani dalam reka bentuk galeri dan terdiri daripada kira-kira 70,000 lembaran benang. Pelindung pembesar suara pula kini disudahi dengan kemasan warna Rose Gold yang halus bagi melengkapi nama sulaman.
Menurut Brienny Dudley, Interior Trim Centre, Rolls-Royce Motor Cars, rekaan sulaman di bahagian tengah tersebut sangat kompleks untuk direka untuk menangkap kilauan lembut mutiara. Ia menangkap cahaya saat anda bergerak di sekitar kereta ini atau ketika sinar matahari beralih semasa memandu – seperti kilauan gaun couture di bawah lampu kilat di karpet merah.

Bahagian Phantom Dentelle ini disudahkan dengan dua tona dengan bahagian bawah menggunakan Crystal over Arctic White manakala bahagian atas menggunakan Crystal over Palais Nemasker Dawn, warna yang sememangnya dikhususkan untuk tempahan pelanggan.
BACA : ROLLS-ROYCE SPECTRE BLACK BADGE BAHARU – MODELYANG PALING LAJU TELAH TIBA