Buletin

ROLLS-ROYCE PHANTOM GOLDFINGER – HANYA SATU DI DUNIA

Tepat 60 tahun dahulu, filem perisik terkemuka dunia, James Bond Goldfinger pernah mewarnai pawagam di seluruh dunia. Bagi merayakan ulang tahun ke 60 filem tersebut, Rollls-Royce Motor Cars telah memperkenalkan model one-off, Rolls-Royce Phantom Goldfinger.

Selain daripada Sean Connery selaku hero James Bond dalam filem tersebut, terdapat watak penjahat Auric Goldfinger yang memiliki kereta Phantom III Sedanca de Ville 1937 dengan layangan warna kuning cair dan bumbung berwarna hitam.

Dan untuk penampilan luaran, Phamtom Goldfinger pakar cat Rolls-Royce telah memadankan warna kuning yang serupa digunakan di dalam filem Goldfinger, begitu juga dengan warna hitam yang dilayangkan pada bahagian bumbung hingga ke bahagian but belakang.

Rim bersaiz 21 inci itu menggunakan warna hitam dengan penutup hab terapung dengan kemasan Perak bagi menginspirasikan terhadap model kenderaan klasik yang bernombor 1937 itu, sama seperti dalam filem.

Model Rolls-Royce Phantom Goldfinger ini menggabung beberapa ciri rekaan istimewa yang direka bentuk secara meluas digunakan terhadap satu – satunya model yang mempunyai kaitan terus dengan filem Goldfinger tersebut.

Tempoh tiga tahun diperlukan untuk pembangunan model khas ini untuk mewarnai setiap ciri dan elemen yang terdapat dengannya termasuklah Galeri Arca yang kompleks diilhamkan daripada adegan Furka Pass sehinggalah kepada putter golf Emas yang dipasang pada bahagian but, mengingatkan terhadap babak pertemuan pertama kali diantara Auric Goldfinger dan James Bond di kelab golf.

Para pereka Rolls-Royce juga telah bekerja keras untuk menghasilkan beberapa lagi butiran yang sangat terperinci yang menggabungkan Emas 18 dan 24 Karat. Salah satu kejayaan tersebut ialah peti besi tersembunyi yang dicipta di konsol tengah antara tempat duduk hadapan. Kawasan itu telah direka bentuk semula untuk menempatkan bar emas pepejal 18 karat yang diterangi, berbentuk seperti Phantom ‘Speedform’ – gambaran bergaya reka bentuk kereta bermotor dalam bentuk miniatur.

Satu lagi kemasan yang terdapat di bahagian dalam adalah meja Royal Walnut dihiasi dengan tatahan emas 22 karat dengan kedalaman hanya 0.1 mm, yang menampilkan peta fiksyen Fort Knox, simpanan jongkong di mana rizab emas Amerika Syarikat disimpan. Menariknya rekaan ini sahaja mengambil masa enam bulan untuk dimuktamadkan.

Lain – lain perincian termasuklah tempat duduk dibalut kulit Navy yang berinspirasikan daripada model asal yang digunakan dalam filem tersebut serta terdapat perincian Emas di beberapa bahagian termasuklah jahitan Emas di tempat duduk.

Juga terdapat logo 007 ketika bahagian lantai ketika ruangan dibuka bagi mengingatkan bahawa James Bond pernah cuba menjejaki watak penjahat yang menggunakan Phantom III Sedanca de Ville ini,

Oh ya, melengkapkan luaran model yang istimewa ini adalah no plat AU1 yang juga merujuk kepada simbol kimia terhadap Emas ini.

BACA : ROLLS-ROYCE PHANTOM BAHARU DEBUT DI MALAYSIA. BERMULA RM2.2 JUTA

BACA : RAHSIA KENAPA ROLLS-ROYCE MAHAL

Google ads

B K

Back to top button