
ALPINE A290 RALLYE KINI SUDAH BOLEH DIBELI PELANGGAN. ADA YANG BERMINAT?
Barangkali buat peminat jenama Alpine, ini merupakan model istimewa yang cukup dinantikan berdasarkan model pengeluaran produksi massa yang mereka ada. Buat pertama kalinya model Alpine A290 Rallye kini dipersembahkan dan dipertontonkan di Rallye Rouergue Rodez Aveyron Occitanie hujung minggu ini.
Model Alpine A290 Rallye ini merupakan model elektrik pertama kali direka khusus untuk kegunaan perlumbaan pelanggan yang dibangunkan oleh firma daripada pasukan berpangkalan di Viry-Châtillon, dan akan dikumpulkan di fasiliti pemasangandi Manufacture Alpine Dieppe Jean Rédélé.

Sebagai sebuah model awalan perlumbaan rali elektrik dan direka berdasarkan regulasi elektrik terkini, Alpine A290 Rallye ini telah dibangunkan DNA perlumbaan yang telah diberikan oleh Jean Rédélé kepada Alpine ketika beliau mula mencipta jenama itu dengan matlamat untuk menunjukkan kemampuannya dalam pelbagai format perlumbaan daripada perlumbaan satu jenama sehinggalah ke perlumbaan terbuka.
Peluang pertama untuk pelanggan bersaing akan diadakan dalam cabaran rali khusus yang akan dianjurkan di Perancis tahun ini. Sokongan teknikal dan sukan tahap tinggi akan diberikan kepada pesaing, dengan hadiah tertentu untuk pasukan teratas yang akan diumumkan. Pada semua acara khusus kelak, bahagian bertemakan Alpine di paddock akan disediakan, dengan infrastruktur pengecasan tertentu. Bergantung kepada lokasi, ini akan menggunakan pelbagai teknologi bekalan tenaga mesra alam.

Alpine A290 Rallye ini tidaklah dibangunkan sekadar kejuruteraan bodykit semata malah ianya dilengkapi dengan ciri keselamatan khusus seperti rollcage yang dikimpal terus pada casis dan juga kerusi bucket seat Sabelt yang mana ianya mematuhi regulasi yang telah ditetapkan oleh FIA.
Motor elektrik yang menghasilkan output maksimum 220 HP dan 300Nm dihantar ke gandar depan dengan bantuan pembezaan slip terhad ZF, memberikan prestasi bertaraf tinggi. Oleh itu, kedua-dua kotak gear dan sistem pengurusan elektronik telah dikemas kini. A290 Rallye dilengkapi dengan sistem pemantauan elektrik terkini untuk memastikan penggunaan teknologi EV sentiasa berada di tahap optimum.

Sistem brek juga telah ditambah baik dengan brek hadapan menggunakan caliper monoblock 6 piston dan cakera 350mm. Di belakang, caliper piston tunggal digandingkan bersama cakera 280mm, semua dengan kawalan ABS jenis perlumbaan khusus dari Alpine Racing. Akhir sekali, pengintegrasian brek tangan hidraulik melengkapkan pembangunan sistem brek terhadap model ini.
Sebagai sebuah EV, sudah tentu bunyi tipu tipu turut diperlukan terhadap model ini bagi membolehkan rasa teruja itu dapat dinikmati oleh pemandu dan juga penonton.
Secara asasnya, Alpine A290 Rallye ini boleh dimiliki pada aras harga bermula €59,990 (RM298,030) sahaja.
BACA : ALPINE A290 GTS – INILAH BAKAL HOTHACH IDAMAN LELAKI MASA KINI
BACA : ALPINE A390 – SEBUAH SUV COUPE YANG LAJU DIDEDAHKAN DENGAN PENGGUNAAN TIGA MOTOR KAU!