Buletin

LAMBORGHINI HURACAN EVO SPYDER KENA ANGKUT. SIAPA SURUH PARK MERATA

Sebuah jentera Lamborghini Huracan EVO Spyder telah diangkut sebuah trak selepas parkir di petak khas untuk kenderaan elektrik di Frankfurt, Jerman.

Imej yang dikongsi Jabatan Polis Frankfurt di twitter mendapat perhatian masyarakat alam maya.

Dalam gambar berkenaan, ia mendedahkan sebuah Tesla Model S sedang mengecas kenderaan menggunakan ruang letak parkir di hadapan Lamborghini tersebut.

Ini bukan pertama kali kenderaan diangkut di Jerman apabila menyalahgunakan kemudahan ruang parkir dikhususkan kepada kenderaan elektrik.

Pada November tahun lalu, sebuah Ford F-150 Raptor telah mengalami nasib yang sama di Berlin.- carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button