
Buletin
TERBABAS PUSINGAN AKHIR.BOTTAS PERTAHAN PETAK PERTAMA
Pemandu Finland, Valtteri Bottas menduduki petak utama dalam saingan Grand Prix (GP) Austria walaupun terbabas pada pusingan akhir.
Bottas berjaya bertahan untuk memulakan saingan di depan juara dunia, Lewis Hamilton bagi kedudukan permulaan 1-2 buat pasukan Mercedes.
Pada perlumbaan pembukaan Formula Satu (F1) yang tertangguh itu, menyaksikan pemenang musim lalu yang juga pemandu Red Bull, Max Verstappen menduduki petak ketiga.
Lando Norris yang mewakili McLaren di petak keempat manakala pemandu Ferrari Charles Leclerc dan Sebastian Vettel, masing-masing menduduki tempat ketujuh serta ke-11. – skysports







