Buletin

YOUTUBER HASILKAN GEARBOX F1 GUNA TEKNOLOGI CETAKAN 3D

Teknologi cetakan tiga dimensi (3D) semakin mendapat tempat dalam industri automotif.

Ia bukan sahaja dapat mereka penutup ekzos titanium untuk supercar, malah boleh membangunkan model kereta secara keseluruhannya.

Bahkan, dengan menggunakan teknologi percetakan 3D, anda mampu mereka kotak gear seakan-akan F1. Ia dibuktikan oleh seorang lelaki yang menunjukkan keupayaan teknologi cetakan 3D melalui YouTube Indeterminate Design.

Hasil kejuruteraan tersebut amat mengagumkan. Replika berkenaan boleh berfungsi dengan baik dengan menukar gear dan secara tepat menggunakan pedal penganjak.

“Saya sangat menyukai aspek teknikal dalam bidang pemotoran. Saya pernah menceburi perlumbaan dan membikin kereta lumba sendiri, tetapi lumrah kehidupan berubah.

“Justeru, saya memikirkan bagaimana cara untuk melibatkan diri dalam dunia pemotoran dan mengambil keputusan memulakan projek ini,” jelas pereka projek berkenaan dalam Reddit Post.

Sehingga kini, dia telah melancarkan sebanyak lima video memperincikan proses kejuruteraan dan pembangunan kotak gear.

Ia bermula dengan rekaan transmisi model maya secara terperinci menggunakan perisian Fusion 360.

Perlu diingat bahawa rekaan berkenaan bukanlah salinan tepat daripada kotak gear F1 tetapi gabungan reka bentuk. – motor1.

Tags
Google ads
Back to top button