Buletin

TESLA AKAN DAPAT SOKONGAN PENUH KERAJAAN JERMAN – MENTERI EKONOMI

Tesla akan mendapat segala bentuk bantuan yang diperlukan daripada kerajaan Jerman untuk membina dan memastikan kilang Gigafactory di Berlin boleh beroperasi secepat mungkin.  

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Tenaga Jerman, Peter Altmaier ketika Elon Musk dalam lawatannya ke Jerman.

Musk berada di Jerman untuk menilai kerjasama Tesla dengan pengeluar vaksin CureVac dan melihat pembinaan kilangnya.  

Tesla kini berdepan tentangan daripada penduduk tempatan yang bimbang kilang itu akan memberi impak ke atas alam sekitar dan hidupan liar. Mereka juga bimbang tentang penggunaan airdi sana.  

Pengeluar kereta elektrik itu merancang untuk memulakan produksi pada Julai 2021. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, pembinaan kilang perlu dijalankan dengan segera.

Ia menjadi kilang pertama Tesla di Eropah dan akan menggaji sekitar 12,000 orang pekerja. Selain mampu menghasilkan kira-kira 500,000 unit kereta setahun.

Gigafactory Berlin akan menghasilkan Model Y bagi memenuhi permintaan pasaran Eropah terhadap SUV elektrik.

Google ads
Back to top button