
SANGGUP BUAT PINJAMAN BANK RM214K BELI SAHAM TESLA. NASIB BAIK UNTUNG
Yakin dengan kenaikan harga saham Tesla yang terus meroket, seorang lelaki sanggup membuat pinjaman sebanyak 43,000 euro (RM214,108) pada Oktober tahun lalu untuk membeli saham pembuat kereta elektrik tersebut.
Orestis Palampougioukis yang merupakan seorang pembangun perisian di Belanda membeli saham Tesla Ketika ia hanya berharga AS$230 (RM978) sesaham.
Sejak itu, pertaruhan berani Palampougioukis berbalas apabola harga saham Tesla naik enam kali ganda mencecah harga $1,500 (RM6,377) baru-baru ini. Harga saham itu membuatkan Tesla menjadi pengeluar kenderaan dengan nilai paling tinggi di dunia.
Selepas melabur sebanyak 14,000 euro (RM69,702) lagi dengan duit sendiri, dia akhirnya berjaya memperoleh keuntungan sekitar 10,000 euro (RM50,000), walaupun selepas ditolak dengan kadar faedah bank sebanyak 7 peratus.
“Bagi saya, ia bukanlah satu bentuk perjudian kerana saya sudah mengkaji apa yang dilakukan oleh Tesla. Tidak mustahil ia akan mendominasi pasaran kereta elektrik,” kata Palampougioukis yang sudah lama merancang membeli saham Tesla.

Dia nampaknya tidak keseorangan. Di seluruh dunia, ramai yang percaya terhadap misi Tesla untuk menerajui industri automotif dunia dengan kereta elekktrik.
Mereka telah melabur wang sendiri, malah ada ada yang menggunakan wang pencen ibu bapa dan menerima pulangan memberangsangkan.
Perbincangan mengenai Tesla dalam kalangan pelabur runcit kian meningkat. Mereka berdebat sama ada perlu terus memegang saham untuk mendapat pulangan lebih tinggi atau menjualnya.
Biarpun jumlahpelabur runcit Tesla tidak diketahui, namun hampir 75 peratus saham syarikat berkenaan dimiliki oleh pelabur institusi dan eksekutifnya.
“Saya rasa semakin yakin dengan Tesla. Saya akan menjual sahamnya apabila pengeluar kenderaan lain memperkenalkan kereta elektrik yang lebih baik pada harga kompetitif,” katanya lagi.
- BACA: JEJAKA INI CUBA MENGISI PETROL UNTUK TESLA MODEL 3 – ABANG DARI PLANET MANA?
- BACA: BUMPER BELAKANG TERCABUT SEWAKTU MEMANDU – TESLA MODEL 3 PULA TU
- BACA: TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN