Artikel Pilihan

LUCID AIR KALAHKAN TESLA S, 837KM UNTUK SATU PENGECASAN PENUH

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) telah mengumumkan secara rasmi di laman sesawang mereka bahawa model terbaru Lucid Air 2022 sekali lagi memecahkan rekod perjalanan paling jauh bagi satu pengecasan penuh kereta elektrik setakat ini.

Ini merupakan kali pertama sebuah EV berupaya dipandu melebihi 520 batu (837km) bagi satu pengecasan penuh, sekaligus mengalahkan Tesla Model S dengan penuh bergaya dimana model S hanya mampu dipandu sejauh 400 batu atau 643 kilometer

Walaupun tak semua pengguna akan memandu pada jarak jauh setiap hari tapi ia akan memberi kelegaan dan pilihan kepada pemandu Lucid sekiranya mereka terpaksa memandu jauh di kawasan yang memiliki fasiliti pengecasan yang terhad. Tambahan pula jarak ini hanya boleh dicapai dengan keadaan pemanduan ideal sahaja.

Perlumbaan teknologi antara Tesla dan Lucid telah lama berlaku dengan Tesla mula-mula mendedahkan EV buatan mereka mampu memecah batasan jarak perjalanan 400 batu pada bulan Jun 2020. Lucid merupakan sebuah syarikat EV yang menerima dana yang cukup besar dari Arab Saudi, diketuai oleh Peter Rawlinson (bekas jurutera Tesla) dan rekaan luar dihasilkan oleh designer dari Mazda

Pada bulan September 2020, Lucid Air Dream dilancarkan dengan jarak perjalanan sehingga 515 batu atau 828km. Bagi model yang menggunakan rim 19 inci, jarak perjalanan berkurang kepada 653km sahaja. Tapi dengan pengumuman terbaru ini, jarak 837km dipecahkan sendiri oleh Lucid

Salah satu faktor yang menyumbang kepada jarak perjalanan yang tinggi ialah kadar seretan badan Lucid Air yang sangat rendah iaitu 0.21. Walaupun enggan mendedahkan saiz bateri yang digunakan, Peter Rawlinson menegaskan jarak perjalanan sesebuah EV boleh dipertingkatkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi, bukan semata-mata berharap kepada saiz bateri yang besar.

Lucid Air setakat ini bukan sahaja mampu dipandu pada jarak 837km, tapi turut menggunakan motor elektrik yang menjana sehingga 1,111 kuasa kuda bagi Air Dream Edition Performance, pecutan 0-100km/j dalam masa 2.5 saat serta jarak suku batu di bawah masa 10 saat.

Bagi teknologi pemanduan, sistem semi autonnomi DreamDrive turut dipasang dengan penggunaan 32 sensor yang merangkumi kamera, radar, teknologi ultrasonik serta sistem LIDAR resolusi tinggi yang boleh berfungsi dalam semua keadaan cuaca. Tesla tidak menggunakan LIDAR tapi bergantung kepada sistem kamera resolusi tinggi.

Model asas Lucid Air dijual pada harga permulaan 323,000 USD dan model Air Grand Touring (varian paling mahal) pula boleh mencecah sehingga 580,000 USD. Buat masa ini Lucid dipasarkan secara rasmi di Amerika, Arab Saudi, United Kingdom dan Eropah sahaja.

Google ads
Back to top button