
PEMILIK MODEL S MENANG SAMAN RM972K. TESLA SAMAN BALAS TUNTUT RM3.8 JUTA DAN HARTA DIBEKUKAN
Seorang pemilik Tesla Model S terpakai di China dilapor berjaya menyaman pengeluar kereta elektrik itu. Sebuah mahkamah di Beijing menyatakan Tesla gagal menjelaskan keadaan kereta yang dibeli oleh Han Chao pada harga 379,700 yuan (RM246,000).
Siasatan mendapati kerea berkenaan telah menjalani pembaikan major akibat kemalangan sebelum ia dijual kepada Han. Justeru, mahkamah mengarahkan Tesla mengembalikan semula kos kereta dan membayar pampasan sebanyak tiga kali ganda berbanding harga beli menjadi 1.5 juta yuan (RM972,400).
“Keputusan ini boleh dilihat sebagai satu pencapaian dalam aspek perlindungan pengguna menentang syarikat gergasi. Kes ini juga dapat meningkatkan keyakinan pengguna yang mungkin berdepan masalah sama,” kata Zhang Xiaoling dari firma perundangan Haodong.
Namun kes tersebut tidak berakhir begitu saahaja. Tesla dikatakan menyaman Han kerana mendakwa lelaki itu merosakkan dua buah kerea pinjaman (courtesy car) dan memfitnah kerana menyatakan Tesla berbohong di mahkamah menerusi akaun Weibo miliknya.
Tesla dikatakan menuntut ganti rugi lebih 5.85 juta yuan (RM3.8 juta) dan memohon mahkamah membekukan harga Han. Han pula membuat saman balas dengan mendakwa Tesla memfitnahnya sebagai penganjur satu protes pada acara Shanghai Motor Show di mana aksi seorang wanita menjerit di atas sebuah kereta Tesla tular di media sosial.