
TESLA MODEL Y JUNIPER, TIBA DI PUSAT JUALAN. WALATES BERGEMBIRA
Selepas dikesan diusung ke sana ke sini dengan menggunakan lori, Tesla Model Y Juniper 2025 dilihat tiba di pusat jualan Tesla di seluruh negara China berdasarkan gambar yang dikongsi oleh pengguna laman sosial
Tesla Model Y yang dikemaskini dengan kod projek “Juniper” dilihat diberikan dengan warna Flame Red dan Glacier Blue berada di luar pusat jualan Tesla. Secara kebetulan, ia turut diparkir dengan Tesla Model Y generasi terdahulu, menunjukkan perbezaan antara model lama dan baru
Tesla Model Y Juniper menerima lampu LED “light bar” serba baru dan juga kedudukan nombor pendaftaran diubah dari atas ke bahagian bawah bampar. Tesla Model Y Juniper ini telah dilancarkan di pasaran China pada 10 January 2025, lebih awal berbanding pasaran Eropah dan Amerika
Secara perbandingan, model ini 5% lebih mahal berbanding dengan model lama dengan harga permulaan sekitar 35,950 USD dan setakat hari ini sebanyak 50,000 unit tempahan telah diterima bagi pasaran China

Harga ini adalah 1900 USD lebih mahal berbanding model lama. Berdasarkan maklumat dari badan kawal selia, Tesla Model Y Juniper ditawarkan dalam 2 varian samaada pacuan roda belakang RWD ataupun pacuan semua roda AWD Long Range
Mengikut pengiraan CLTC, Tesla Model Y Juniper menawarkan jarak pemanduan sehingga 593km untuk satu pengecasan penuh. Walapyn 10kg lebih berat berbanding model sebelumnya, jarak perjalanan adalah bertambah sebanyak 39km
Bagi varian RWD, ia ditawarkan dengan bateri LFP sebesar 62.5kWh yang dibekalkan dari CATL dengan satu motor elektrik pada gandar belakang dengan tawaran kuasa sehingga 295 kuasa kuda. Tesla Model Y merupakan SUV elektrik terlaris di China dengan 480,309 unit terjual, mewakili 73% daripada jualan Tesla di China