
TESLA PECAT PEKERJA CUBA SABOTAJ KILANG DI FREEMONT
Tesla dilapor telah berjaya menangkap seorang kakitangan yang didakwa mensabotaj sebahagian kilangnya di Fremont, Amerika Syarikat bulan lalu.
Selepas siasatan dalaman dijalankan, pekerja yang tidak didedahkan Namanya itu dipecat. Apa yang sebenarnya berlaku? Menurut satu e-mel yang dihantar kepada kakitangan Tesla oleh Naib Presiden Undang-undang Tesla, Al Prescott, peristima itu berlaku dalam masa yang pantas.
“Dua minggu lalu, pasukan IT dan InfoCed mendapati seorang kakitangan melakukan sabotaj ke atas kilang. Tindakan pantas berjaya mengurangkan kerosakan dan pengeluaran dapat berjalan seperti biasa selepas beberapa jam,” kata Prescott.

Tesla menguruskan situasi itu tanpa melibatkan pihak berkuasa. Suspek dikatakan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan menyalahkan seorang rakan kerja dan merosakkan sebuah komputer syarikat.
Tetapi selepas semua bukti ditunjukkan, dia akhirnya mengaku dan dipecat. Kilang Freemont yang mempuntai 10,000 orang pekerja menghasilkan Tesla Model, Model 3, Model X dan Model Y.
Ini bukan kali pertama Tesla berdepan ancaman sabotaj. Sebab itu jugalah Tesla kini mempunyai divisyen keselamatan dalamannya sendiri.
Bulan lalu, Tesla berjaya mematahkan usaha meminta wang tebusan sebanyak AS$1 juta (RM4.2 juta) oleh seorang penggodam Rusia di kilang Nevada Gigafactory.