
TAYAR,RIM TESLA BARANG PANAS DI PASARAN GELAP LOS ANGELES
Tesla telah menjual beratus ribu unit kenderaan secara global tetapi sebahagian besar ia menerjah pasaran Amerika Syarikat (AS) terutama di California.
Apabila terdapat banyak kenderaan di jalan raya, ia membawa beberapa impak lain.
Sebagai contoh, pengguna akan mendapat lebih banyak aksesori dan alat ganti pihak ketiga untuk kenderaan.
Bagaimanapun, apabila Tesla menjadi pilihan pengguna ia berpotensi kepada syarikat-syarikat menawarkan kemudahan pemasangan selepas pasaran.

Salah satu segmen pasaran lain yang berkaitan pasti akan merasai perkembangan ini merupakan penjualan komponen terpakai.
Tiada kesalahan dalam membuat pembelian barangan terpakai tetapi muncul risiko berhubung dari mana komponen berkenaan diperoleh para penjual.
Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), anda perlu memberi perhatian daripada siapa anda membeli komponen terbabit kerana kes kecurian rim dan tayar jenama Tesla meningkat di kawasan Palms dan Mar Vista.
Dalam pada itu, akaun twitter LAPD Pacific turut memuat naik gambar sebuah Model 3 berwarna biru yang kehilangan rim dan tayar.

Seorang pengguna telah memberi respon dalam ciapan berkenaan memaklumkan dia menerima nasib sama.
Bahkan, ada mendakwa kejadian tersebt dilakukan pelaku sama kerana menggunakan modes operandi seperti jentera Model 3 berwarna biru itu.
LAPD menasihatkan para pengguna Tesla agar mengaktifkan kenderaan pada mod Sentry dan memastikan flash drive berfungsi bagi memastikan dapat merekod kejadian tidak diingini kelak.
Selain itu, pihak berkuasa turut menggalakkan mereka parkir di kawasan awam yang sibuk.
Mengapa Tesla menjadi sasaran pencuri masih belum terjawab. Ia berikutan banyak lagi jenama lain yang terdapat di kawasan panas terbabit. – autoevolution