BEKAS BINTANG NBA SHAQUILLE TAK MUAT MASUK TESLA MODEL S. ADA PESANAN UNTUK ELON MUSK
Jentera Tesla Model S menawarkan ruang kabin yang luas. Justeru, agak sukar membayangkan seseorang sukar memasuki kenderaan ini dengan selesa.
Kalau anda merupakan bekas bintang bola keranjang NBA, Shaquille O’Neal yang memiliki ketinggian 216 sentimeter sudah pasti akan berdepan situasi bergelut memasuki jentera terbabit.
Dalam rakaman video, pemenang empat kali kejohanan NBA itu mengalami kesukaran apabila ingin memasuki di bahagian tempat duduk penumpang hadapan Tesla Model S.
Biarpun, tempat duduk penumpang ditolak hingga ke belakang, Shaquille masih bergelut memasukkan kakinya ke dalam kereta tetapi pada akhirnya dia berjaya duduk dengan selesa.
“Elon, anda ingin membikin Tesla yang lebih besar,” pesan Shaquille pada akhir video berkenaan.
Agak mengejutkan apabila dia pernah memiliki Tesla Model S sebelum ini dan cuba bayangkan bagaimana bekas bintang NBA ini memandu kenderaan itu.
Shaquille boleh menarik nafas lega selepas ini berikutan Tesla sedang dalam membangunkan jentera yang lebih besar dan luas, Cybertruck.
Cybertruck bakal didatangkan dengan ukuran saiz 231.7 panjang, 79.8 inci lebar dan 75 inci tinggi. Ini bermakna jentera ini mempunyai kabin yang lebih luas dan tiada masalah bagi Shaquille memandu atau memasuki kenderaan tersebut.