" "
Buletin

POLESTAR 2 ALAMI MASALAH BATERI, TESLA SENANG HATI

Sejumlah pemilik kereta elektrik Polestar 2 di Eropah mendakwa jentera mereka mengalami masalah dan tidak boleh digunakan. 

Polestar dilapor mula menyerahkan model tersebut sejak beberapa bulan lalu. Biarpun kebanyakan wartawan kagum dengan apa yang ditawarkan oleh Polestar 2, tetapi pemilik di Sweden, Norway, Perancis dan Belanda mengadu berdepan isu yang serius.

Menurut media Sweden, Carup sistem pacuan kereta itu rosak dan menyebabkannya tidak boleh bergerak. Keadaan itu memaksa pelanggan untuk menundanya ke bengkel.

Seorang pelanggan di Lulea, Sweden, Tobias Åkeblom memberitahu keretanya rosak selepas sehari dia menerimanya. Kereta tersebut sudah berada di bengkel selama lebih 30 hari. 

Secara keseluruhannya, lebih 30 orang pelanggan mendakwa mengalami masalah dengan bateri. Jadi, pelanggan terpaksa membawa Polestar 2 masing-masing ke bengkel dan mereka diberi kereta pinjaman sepanjang tempoh ia dibaiki. 

Pengurus akhbar Polestar, Brent Ellis memberitahu masalah pada bateri 12 volt itu tidak melibatkan semua model Polestar 2. 

Masalah jangka masa pendek yang berlaku pada peringkat awal sesebuah projek (tetheering problem) jarang sekali kedengaran. Tetapi ia dilihat memberi publisiti yang bagus kepada Polestar, teruta,a untuk model yang penting seperti Polestar 2. 

Sebaik sahaja masalah itu dapat diselesaikan, Polestar akan menjadi pesaing sengit kepada Tesla Model 3.

Jentera tampil cukup bergaya, mempunyai susun atur dan rekaan dalaman yang berteknologi tinggi bersama sistem infohibur dikuasakan oleh Android. 

Polestar 2 mempunyai kuasa mencecah 402hp dan tork 660Nm. Sementara pek baterinya menawarkan jarak sejauh 499km dengan sekali caj.

Google ads
Back to top button