Buletin

TVR GRIFFITH – KERANGKA KARBON FIBER, 400bhp & 322km/j!

Jenama kereta sports British, TVR kembali merancakkan segmen kereta tersebut apabila memperkenalkan model terbaharunya, Griffith.

TVR sememangnya memiliki reputasi baik dalam menghasilkan kereta sports yang bukan sahaja selesa dan boleh dipercayai. Malah memiliki karekter tersendiri.

Walaupun memiliki pengikut di UK dan seluruh dunia, namun ia tidak dapat menghalang TVR daripada tumbang. Selepas bertukar pemilik beberapa kali, TVR akhirnya berada di tangan Les Edgar pada tahun 2013.

Menggunakan nama sama seperti model tahun 1991, Griffith meneruskan DNA rekaan sebelum ini.

Griffith menggunakan khidmat enjin NA V8 Cosworth bersesaran 5.0 liter. Dengan berat hanya 1,250kg dan kuasa mencecah 400bhp, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang 4 saat. Manakala pecutan maksimum pula sekitar 322km/j.

Di ruang kabin, jentera ini dilengkapi skrin infotaimen dan kluster instrumen digital. Papan pemuka dipasang dengan gabungan kemasan Alcantara kelabu gelap dan kulit berwarna beige. Tuil gear nampak cukup pendek, tetapi keseluruhan kabin kini lebih mewah berbanding sebelumnya.

Sama seperti model TVR yang lain, Griffith tidak menggunakan elemen aerodinamik berlebihan seperti wing spoiler belakang yang besar. Sebaliknya, bahagian bawah jentera ini rata untuk meningkatkan kestabilan serta memiliki agihan berat 50:50.

Produksi Griffith dijadual hanya bermula setahun dari sekarang. Tetapi, TVR sudahpun sudah menerima tempahan sebanyak 500 unit untuk model khas Launch Edition.

Pada harga AS$119,000 (RM499,350) seunit, Griffith akan menarik minat kelompok pembeli yang berbeza.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button