Artikel Pilihan

MAHINDRA E2O PLUS: KERETA ELEKTRIK KECIL YANG PRAKTIKAL

Zaman pasca moden ini, pengeluar berlumba-lumba untuk mengeluarkan kereta elektrik. Baik untuk kelajuan, mahupun untuk kegunaan bandar. Semuanya senada mahu menghijaukan dunia dengan beralih ke arah penggunaan bebas bahan bakar. Dan Mahindra juga tidak terkecuali melalui Mahindra Electric, hasil pembelian Reva Electric Car Company pada 2010. Dan salah satu hasilnya adalah model Mahindra e2o Plus.

BACA : MAHINDRA DAN SUV-NYA

BACA : TWIZY RENAULT SPORT F1

Melihatkan paras rupanya yang kecil dan comel, nak bawa pulang bercuti ke kampung halaman barangkali sedikit mustahil. Ianya lebih sajak kalau dibuat untuk pemanduan harian buat ulang alik ke pejabat dan menghantar anak ke sekolah. Model yang mula diperkenalkan semenjak tahun 2013, turut mempunyai varian asal, e2o dengan dua pintu. Perbezaan ketaranya adalah kuasa baterinya yang sedikit kurang berbanding model e2o Plus ini.

Memasuki ruang kabin, nampak macam kecil tapi memang kecil pun. Ianya ngam-ngam untuk memuatkan sebuah keluarga kecil dengan kapasiti dua dewasa dan dua anak kecil. Walau pun kecil, tapi praktikalnya ada di situ. Tidaklah seperti kereta elektrik buatan Eropah yang kecil itu, cukup untuk pemandu dan Garfield duduk di bahagian belakang. Malah, ruang bagasinya pun masih boleh diterima akal lagi. Setakat nak sumbat sebuah bagasi kecil berserta beg komputer riba pun tiada masalah. Oh ya, kayu pemukul kriket itu adalah simbol India iya, Jangan hangpa buat-buat tanya pula nanti.

Bagi sebuah kereta yang bersaiz sofa dua tempat duduk, pemilihan rim bersaiz 14′ dengan padanan tayar 165/60/R14 sudah dikira memadai bagi membantu penjimatan penggunaan bateri. Sungguhpun demikian, e2o Plus hanya dilengkapi ciri keselamatan asas sahaja, brek cakera di hadapan. Lain-lain memang tiada. Namun ada satu ciri menarik padanya. Disaat kuasa bateri kehabisan di tengah jalan, pemandu boleh menggunakan kuasa tambahan kecemasan melalui aplikasi yang terdapat pada sistem hiburan dalaman.

Dijanakan kuasa oleh bateri Lithium Ion 72V, e2o ini mampu bergerak sehingga ke 140km untuk sekali caj penuh dengan kelajuan maksimum 85km/j. Kalau setakat pergi kerja ulang alik kerja Selayang – Kuala Lumpur ini memang super jimatlah. Dua hari sekali baru caj kasi penuh semula. Tak perlu bimbang setiap kali tiba hari Rabu. Entah naik satu sen ke dua sen. Sekali dah cecah RM2.20 pun harga RON95. Makin sayang pula ke Pemerintah. Eh! eh!

Tapi harus barang diingat, bila mana kuasa baterinya besar, maka masa yang diambil untuk mengecas penuh juga bukanlah serupa caj Power Bank. Sembilan jam adalah masa yang sangat lama untuk mengecaj penuh e2o Plus ini. Harga untuk pasaran India pula lebih kurang Rs.7.46 lakh. Kira mahallah untuk bangsa India di sana. Duit kita kalau pergi tukaran mata wang asing dah jadi RM48,944.76. Kalau level EV, macam murah juga. Tapi kalau jual di bumi Malaya, campur itu ini merepek juga nanti harganya. Entahlah. Hmmmm.

Google ads

B K

Back to top button