MERCEDES EQE TERBAKAR DI KOREA, BATERI DARI FARASIS ENERGY
Laporan dari Korea Times menyebut pengguna di Korea Selatan merasa bimbang selepas sebuah Mercedes Benz EQE yang menggunakan bateri dibekalkan oleh pembuat bateri tidak ternama dari China menjadi punca kebakaran pada sedan tersebut walaupun tidak dicaj dan digunakan
Dilabelkan sebagai bateri yang tidak boleh diharap, bateri Nickel Cobalt Manganese yang dihasilkan oleh Farasis Technology telah dikenalpasti sebagai punca utama kebakaran yang melibatkan Mercedes EQE tersebut. Isu ini juga telah menjejaskan kredibiliti Mercedes Benz di Korea Selatan
Isu yang melibatkan Farasis Technology bukanlah isu pertama, kerana pada tahun 2021 syarikat automotif BAIC China telah melakukan usaha memanggil semula kenderaan mereka yang dipasang dengan bateri NMC keluaran Farasis Technology disebabkan potensi untuk berlakunya kebakaran.
Bagi bateri NMC, teknologi ini sebenarnya dikuasai oleh firma Korea Selatan seperti LG Energy Solution dan Samsung SDI manakala kebanyakan firma bateri dari China lebih mengusai teknologi bateri Lithium Ferrous Phosphate (LFP)
Namun disebabkan isu ketumpatan tenaga yang merupakan kelemahan bateri LFP, menjadikannya lebih sesuai untuk pemanduan jarak dekat. Keadaan ini menyebabkan pengeluar kereta elektrik premium cenderung memilih bateri NMC yang berupaya menyimpan tenaga yang lebih banyak sekaligus memanjangkan jarak perjalanan untuk satu pengecasan penuh
Lee Ho-geun, professor automotif di Daedeok University menyatakan Mercedes harus tampil ke depan, mencari jalan penyelesaian dan bukannya menyalahkan Farasis Energy 100% disebabkan isu ini turut melibatkan kenderaan daripada jenama Mercedes Benz
Lee Ho-geun turut mencadangkan satu peraturan baru di Korea Selatan yang menghalang pemilik kereta elektrik mengecas kereta sehingga 100% terutama di stesen pengecas parkir bawah tanah yang sukar diakses oleh pihak bomba dan penyelamat
Kementeruan Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan pula sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan semua pengeluar kereta elektrik di sana, menyatakan dengan jelas jenis bateri yang dijual oleh pengeluar sebelum sampai ke tangan pengguna atas sebab keselamatan