
SUV EV TOYOTA BZ4X BAKAL BERADA DI PASARAN TEMPATAN PADA TAHUN HADAPAN
UMW Toyota Motor (UMWT) mengesahkan bahawa SUV elektrik penuh (EV) Toyota bZ4X akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada tahun hadapan.
Thailand dan Indonesia menjadi negara ASEAN terawal menerima Toyota bZ4X elektrik sepenuhnya pada bulan lalu. Untuk pasaran Thailand, harga EV tersebut dijual pada harga RM235,242 manakala di Indonesia dijual pada harga RM352,040.
Kerajaan Malaysia kini menawarkan insentif pengecualian duti import dan eksais untuk model EV yang diimport sepenuhnya sehingga 31 Disember 2024 dan peluang tersebut diambil oleh Toyota.

Thailand dan Indonesia mendapat bZ4X dalam spesifikasi berbeza meskipun menerima bateri lithium ion 71.4 kWj yang sama.
Walau bagaimanapun, model lebih berkuasa di Thailand hanya mampu bergerak sejauh 411km dengan sekali cas penuh berbanding versi berkuasa tertinggi di Indonesia, mampu bergerak sejauh 500km pada satu pengecasan penuh.
Kedua – dua versi Thailand dan Indonesia menerima sistem pengecas AC sehingga 6.6 kW menerusi penyambung Type 2 serta pengecas pantas DC dengan penyambung CCS2 sehingga 150 kW.
Perbezaan spesifikasi untuk pasaran Thailand dan Indonesia adalah model bZ4X di Thailand ditawarkan dalam versi dua motor pacuan semua roda yang mampu menjana kuasa 215Hp dan tork 337Nm.
Bagi pasaran Indonesia, bZ4X ditawarkan dalam versi pacuan roda hadapan dengan motor tunggal berkuasa 201Hp dan tork 266Nm.
Dari segi harga, tiada butiran lanjut mengenai harga untuk pasaran Malaysia namun dengan melihat pada harga di pasaran ASEAN, julat harga dalam lingkungan lebih RM240,000. – Paultan
- BACA: TOYOTA VIOS 2023. 1.5L DUAL VVT-I, NAIK TARAF TSS, BAKAL LANCAR DI MALAYSIA PADA H1 2023
- BACA: TOYOTA KEMBALI UNGGULI TAKHTA JUALAN JENAMA BUKAN NASIONAL DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2021
- BACA: UMW TOYOTA LABUR RM270 JUTA DI MALAYSIA. KELUARKAN PRODUKSI KENDERAAN HIBRID ELEKTRIK
- BACA: TAHUKAH ANDA? SUDAH 50 TAHUN TOYOTA DIPRODUKSI DI MALAYSIA!








