
UMW TOYOTA MOTOR DAN PERSATUAN ALAM SEMULAJADI TANAM LEBIH 6,000 POKOK
Sejajar dengan inisiatif Toyota Motor Corporation untuk mencapai karbon berkecuali menjelang 2050, UMW Toyota bersama Persatuan Alam Semulajadi Malaysia, mengadakan program penanaman pokok sempena acara Raptor Watch 2023.
Bertempat di Tanjung Tuan, Melaka, program tersebut sebahagian daripada mewujudkan kemapanan serta memelihara alam sekitar.
Pendekatan itu adalah untuk mengimbangi pelepasan karbon dioksida (CO2), gas yang menjadi penyebab berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim.

Menurut UMW Toyota Motor, pelaksanaan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan dilakukan bagi mencapai objektif Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).
“UMW Toyota Motor berbangga dapat membantu memulihkan dan memelihara alam sekitar melalui UMW Green Shoots Initiative.
“Kami boleh menyediakan sumber untuk menyokong usaha dalam menangani perubahan iklim seterusnya mencapai neutraliti karbon,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.
Untuk rekod, seramai 250 sukarelawan terlibat dalam usaha menanamkan 6,100 pokok yang terdiri daripada kakitangan UMWT, pelajar serta pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Port Dickson dan Taylor’s University.
- BACA: UMW TOYOTA AKAN LANCAR 5 MODEL SPORT PADA 17 FEBRUARI, TAYANG GAMBAR ACAH 5 MODEL SPORT
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’
- BACA: UMW TOYOTA SERAH 5 UNIT TOYOTA MIRAI KEPADA SEDC ENERGY DAN PREMIER SARAWAK
- BACA: UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS