TOYOTA PEGANG TAKHTA PENGELUAR BUKAN NASIONAL NO.1 – CATAT JUALAN KESELURUHAN 101,035 UNIT TAHUN 2022
UMW Toyota Motor kekal sebagai jenama kenderaan bukan nasional nombor satu untuk tahun 2022 di Malaysia, apabila mencatat jualan keseluruhan 101,035 uni. Ini merangkumi 993 unit Lexus, meningkat 40 peratus berbanding rekod 72,394 unit jualan pada 2021.
Jualan kukuh tersebut dibantu oleh kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) Segmen C domestik yang mencatat jualan 17,208 unit Corolla Cross pada tahun lalu, walaupun industri automotif menghadapi cabaran rantaian bekalan.
Sementara itu, Hilux terus mendominasi segmen pikap dengan 27,198 unit, manakala Hiace (390 unit) dan Fortuner (3,432 unit) dalam segmen van satu tan dan wagon tugas ringan.
Operasi Perkhidmatan Pelanggan UMWT telah berjaya melepasi 1.25 juta kenderaan pada tahun 2022, satu tahap yang luar biasa dalam perkhidmatan selepas jualan di bawah inisiatif Extra Mile.
2022 menjadi tahun yang sibuk bagi UMW Toyota Motor dengan beberapa model baharu dilancarkan antaranya Corolla Cross Hybrid, model paling penting kerana ia dipasang di Malaysia dengan teknologi Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).
Misi menuju ke arah neutraliti karbon, teknologi HEV menjadi taruhan Toyota dalam mempelbagaikan tawaran pilihan rangkaian kuasa kepada pelanggan dan ia membuahkan hasil setakat ini, melihat rekod jualan Corolla Cross Hybrid.
Dalam pada masa yang sama, UMW Toyota Motor juga sedang membuat penilaian untuk menawarkan Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) pada masa akan datang dan bersedia untuk memperkenalkan model-model BEV Toyota dan Lexus.
- BACA: UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’
- BACA: JUALAN UMW TOYOTA JAN-JULAI 2022 NAIK 48%. HILUX KEKAL TRAK PIKAP PALING LARIS
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN 45,911 UNIT KENDERAAN SEPARUH PERTAMA 2022