BuletinMotosikal

VALENTINO ROSSI – PELUMBA PALING POWER DENGAN 300 PENYERTAAN KELAS PREMIER

Valentino Rossi merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan kepada semua peminat MotoGP. Walaupun ramai pelumba baru muncul satu persatu Rossi tidak langsung menunjukkan tanda-tanda akan berundur. Sepanjang karier beliau, Rossi telah mencipta dan memecahkan satu persatu rekod pelumba terdahulu. Terbaru juara dunia sembilan kali ini telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya pelumba MotoGP yang telah berlumba dalam kelas premier sebanyak 300 kali penyertaan.

Kali pertama ‘The Doctor’ memenangi kejuaraan kelas premier ialah pada British GP tahun 200 di litar Donington Park. Sejak dari itu Rossi mengecap kejuaraan demi kejuaraan. Kini di British GP terbaru tahun ini Rossi masih mendapat tempat ketiga walaupun jelas mendahului seawal perlumbaan.

Antara kehebatan rekod Rossi di Silverstone ialah pada tahun 2015 di mana juara dunia sembilan kali ini berlumba dengan cukup pantas dalam keadaan litar basah. Malah tahun demi tahun Rossi kekal menjadi ancaman pelumba lain tidak kira dalam apa jua keadaan litar.

Berdasarkan statistik MotoGP:
• Rossi telah menyertai kelas premier sebanyak 300 daripada 851 perlumbaan kelas premier (500cc/MoroGP) yang telah diadakan sejak dari tahun 1949. Dengan kata lain Rossi telah melengkapkan hampir 35.1 peratus dari jumlah perlumbaan kelas premier setakat ini!
• Rossi juga telah bertanding dalam perlumbaan kelas premier di 27 litar daripada 19 negara yang berbeza.
• Rossi telah memenangi kelas premier dalam 23 lokasi perlumbaan. Hanya 4 litar sahaja yang belum pernah dimenangi beliau iaitu Austin, Litar Red Bull, Aragon dan Istanbul.
• Rossi berjaya menaiki podium di 26 litar yang disertai beliau dalam kelas premier kecuali satu litar iaitu litar Red Bull.

Pelumba dengan catatan rekod penyertaan kelas premier paling banyak:
1. Valentino Rossi – 300
2. Alex Barros – 245
3. Nicky Hayden – 218
4. Loris Capirossi – 217
5. Colin Edwards – 196
6. Carlos Checa – 194
7. Dani Pedrosa – 192
8. Andrea Dovizioso – 171
9. Kenny Roberts Jr – 167
10. Jorge Lorenzo – 167

Google ads
Back to top button