
PROGRAM BMW OIL INCLUSIVE – JAMINAN TAMBAHAN SELAMA 5 TAHUN (60,000KM) BERMULA RM2,964 SAHAJA!
BMW Group Malaysia hari memperkenalkan Program BMW Oil Inclusive ke atas semua kenderaan BMW.
Menjadi satu lagi tawaran yang pertama seumpamanya dalam industri, Program BMW Oil Inclusive turut terbuka kepada kenderaan BMW yang program servis asal telah tamat.

“Pengenalan Program BMW Oil Inclusive memastikan para pelanggan mempunyai kebebasan untuk terus menikmati pengalaman pemilikan premium kereta BMW mereka,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun
Program BMW Oil Inclusive membolehkan pelanggan untuk melanjutkan servis kenderaan dalam satu set tahun atau jumlah perbatuan melalui pilihan 5 tahun / 60,000km atau 5 tahun / 100,000km; mana-mana tiba dahulu.

Sebagai contoh, sebuah BMW 3 Series yang didaftarkan pada tahun 2012 dengan perbatuan sejauh 70,000km sudah habis tempoh servis dan jaminannya sekarang. Dengan membeli Program BMW Oil Inclusive untuk 5 tahun / 100,000km, ia membolehkan pemilik terus menikmati program Servis Berjadual Percuma untuk kereta BMW mereka sehingga tahun 2022 / 170,000km, mana-mana tiba dahulu.
“Apabila kami menerima maklum balas daripada pelanggan yang sayangkan kenderaan masing-masing dan mahu terus memilikinya, kami sedar wujud keperluan untuk membantu mereka menerusi Program BMW Oil Inclusive ini,” kata Ketua Selepas Jualan BMW Group Malaysia, Stefan Sloboda.

| Tempoh / Perbatuan (tahun – km) | 5 tahun / 60,000 km | 5 tahun / 100,000 km |
| BMW 1 & BMW 2 Series | RM2,964 | RM3,417 |
| BMW M2 | RM4,874 | RM5,477 |
| BMW 3 & BMW 4 Series | RM3,115 | RM3,618 |
| BMW M3 & BMW M4 | RM4,874 | RM5,477 |
| BMW 5 Series | RM3,266 | RM3,768 |
| BMW M5 | RM6,582 | RM7,436 |
| BMW 6 & BMW 7 Series | RM3,869 | RM4,472 |
| BMW M6 | RM6,582 | RM7,436 |
| BMW X1 | RM3,015 | RM3,467 |
| BMW X3 & BMW X4 | RM3,115 | RM3,618 |
| BMW X5 & BMW X6 | RM3,567 | RM4,120 |
| BMW X5M & BMW X6M | RM6,481 | RM7,336 |
| BMW Z4 | RM3,065 | RM3,517 |
| BMW I8 | RM3,015 | RM3,467 |
Program BMW Oil Inclusive melibatkan servis minyak enjin dan penyelenggaraan. Hanya minyak dan alat ganti tulen BMW sahaja akan digunakan sepanjang selang servis.

Program itu juga menambah nilai kenderaan BMW apabila pelanggan mahu menjual atau menukar kereta mereka di mana-mana pengedar sah BMW Premium Selection di seluruh negara sepanjang tempoh program tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian Program BMW Oil Inclusive, sila kunjungi pengedar sah BMW kegemaran anda hari ini.







