Artikel Pilihan

VOLVO P1800 – KERETA SPORT LEJEN

Apabila berbicara tentang kereta Volvo, mudah untuk kita mengaitkannya sebagai kereta yang paling selamat di dunia. Jika di awal 80an / 90an kita mungkin mengenalinya dengan rekaan yang bagak dan berbentuk kotak. Namun tahukah bahawa lama dahulu Volvo turut pernah mengeluarkan sebuah model kereta sport. Dan inilah dia Volvo P1800 yang jangka hayatnya bermula dari tahun 1961 sehingga ke 1973.

Model ini mempunyai suatu kisah menarik untuk dikongsikan. Dirancang pembinaannya di Sweden tetapi direka di Itali. Kemudiannya didedahkan di Brulssel Belgium dan ajaibnya laku keras di pasaran Amerika Syarikat. Asalnya model P1800 ini direka bagi tujuan bersaing dalam segmen kereta sport untuk pasaran Amerika Syarikat dan juga Eropah bagi menggantikan model Volvo P1900 yang boleh dianggap gagal apabila hanya 67 unit sahaja yang dihasilkan. Secara keseluruhan, lebih 40 ribu unit model ini dibina meliputi varian coupe dan juga wagon.

Orang yang bertanggungjawab mereka bentuk model ini adalah Pelle Petterson yang mana ketika itu beliau merupakan pelajar kepada Pietro Frua, agensi mereka bentuk kenderaan dari Itali. Secara kebetulann, ayahnya Hellmer Petterson merupakan konsultan kepada Volvo sendiri di kala itu.

Ketika itu, Volvo P1800 dilahirkan dengan tujuan yang satu, untuk menarik perhatian pejalan kaki ke bilik pameran Volvo dan meningkatkan apa yang sekarang dikenali sebagai ‘trafik lantai’ supaya orang yang masuk ke pusat pameran keluar dengan sebuah Volvo baharu.

Volvo telah mencuba membuat kereta sukan pada awal tahun 1950-an – kereta dua tempat duduk terbuka berbadan plastik yang dikenali sebagai Volvo Sport (P1900) yang dibina dari tahun 1955 hingga 1957 dengan jumlah produksi hanya 67 buah. “Bukan kereta yang teruk, tetapi bukanlah Volvo yang baik,” begitulah kata Presiden Volvo, Gunnar Engellau, apabila model itu dihentikan. Namun, beliau mengakui kepentingan mempunyai model yang berprestij dan menarik untuk meningkatkan jualan secara keseluruhan, dan peniaga-peniaga Volvo sangat mengharapkan kereta seperti itu.

Trenkuasa B18 yang bersesaran 1800 cc telah dipilih untuk digandingkan bersama kotak gear manual empat kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 100 kuasa kuda.

Menambahkan populariti model ini adalah ketika ianya turut berlakon dalam siri The Saint (1962 – 1969) yang disamping hero kacak di zaman itu, Roger Moore. Sudah tentu angka jualannya turut menaik juga kala itu.

Model ini sempat merayakan ulang tahun ke 50 pada tahun 2010 ketika Viking Classic Auto Show yang mana sebelumnya ianya mula dipertontonkan kepada umum ketika Brussels Motor Show 1960. Ironinya ianya turut dihadiri oleh Pelle Petterson ketika itu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk model P1800 ini.

Tahukah bahawa ada sebuah model milik mendiang Ivy Gordon dari New York pernah mencatatkan jarak perbatuan sehingga 3 juta pada September 2013. Sebelumnya mencatat perbatuan ke 1 juta pada 1998 dan pernah memasuki catatan buku rekod dunia ketika jarak perbatuan 1.69 juta. Dan ketika pemiliknya meninggal dunia pada 2018, model milik mendiang mencatatkan jarak perbatuan sehingga 3.2 juta. Lejen betul.

BACA : RESTOMOD VOLVO P1800 CYAN 420HP, ADAKAH INI MIMPI

BACA : VOLVO 1800ES – WAGON SPORTY ERA ROLLING STONES

Google ads

B K

Back to top button