
WRC2 2025 – PEMANDU SKODA FABIA RS RALLY2 MAHU TERUSKAN AKSI CEMERLANG DI GREECE
Acropolis Rally Greece yang akan berlangsung hujung minggu ini akan menyaksikan suatu lagi persaingan sengit membabitkan kategori WRC2 dengan jentera Skoda Fabia RS Rally2 sekali lagi akan cuba mencari peluang untuk mencuri tahta kejuaraan di perlumbaan membabitkan permukaan batu kerikil yang paling mencabar di kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC).
Masih segar dengan kemenangan di Acropolis Rally Greece melalui gandingan duo Itali, Roberto Daprà bersama Juruarah Luca Guglielmetti pastinya menyasarkan podium sekali lagi.
Seorang lagi pencabar juga memandu jentera Skoda dari Britain, Gus Greensmith bersama Juruarah Jonas Andersson pastinya juga akan menyasarkan kedudukan teratas untuk terus mengutip mata untuk kedudukan keseluruhan kategori WRC2.

Masih segar lagi dengan kejayaan di Itali membabitkan gandingan Roberto Daprà bersama Juruarah Luca Guglielmetti dan juga gandingan Martin Prokop bersama Juruarah Michal Ernst pasti akan menjadi tumpuan untuk sekali lagi tampil cemerlang di Greece pula. Ketika tahun lalu, beliau hanya berupaya mendapatkan tempat ketujuh keseluruhan ketika beraksi di Greece.
Bagi pemandu berasal dari Republik Czech Czech yang memandu jentera Skoda bersama pasukan milik keluarganya pasti mahu mengulangi kedudukan podium ketiga ketika beraksi di Rally Italia Sardegna sekali gus memberikan beliau keputusan terbaik yang diraih semenjak tahun 2023. Pemandu berusia 42 tahun itu juga adalah mantan Junior World Rally Champion 2009.

Sementara itu terdapat juga beberapa nama pemandu jentera Skoda yang mahu kembali bangkit ketika kecewa aksi di Itali terutamanya mantan juara WRC2 Emil Lindholm bersama Juruarah Reeta Hämäläinen dari pasukan Toksport WRT memerlukan keputusan yang kukuh untuk menebus “perkara yang tidak selesai” mereka dari Sardinia.
Untuk rekod, perlumbaan Acropolis Rally Greece adalah merupakan perlumbaan ketujuh dalam kalendar WRC musim 2025 meliputi 16 peringkat perlumbaan sejauh 345.76 km. Perlumbaan ini dianggap cukup mencabar dengan kelajuan dan tidak begitu laju di kawasan batu kerikil serta suhu persekitaran yang tinggi.
Acara pembukaan rali ini akan diadakan di lokasi yang cukup terkenal dan bersejarah Stadium Olympia Athens dan sedang berlangsung sekarang (26 – 29 Jun).
BACA : SKODA FABIA RS RALLY2 TELAH DIKEMASKINI. AWAS PESAING YANG LAIN. JUARA AKAN KEMBALI!



