
Artikel Pilihan
ADA APA DENGAN SKODA FABIA RS RALLY2 INI?
Skoda Motorsport walau pun tidak beraksi dalam kelas perdana World Rally Championship (WRC) sekarang ini, namun itu bukanlah alasan untuk mereka tidak serius dalam pembabitan dalam kategori Rally2. Tapi yang ada tentang Skoda Fabia dan dunia rali ni sebenarnya?
- Skoda Octavia WRC adalah merupakan kereta rali pertama mereka dengan debut sewaktu Monte Carlo Rally 1999
- Kemudiannya pada tahun 2003 di Jerman, giliran Skoda Fabia WRC pula untuk mengambil tempat sebagai kereta rali utama yang dibina berdasarkan model Skoda Fabia generasi pertama. (Type 6Y). Sungguhpun demikian, kereta rali Skoda Fabia WRC tidak pernah mencatat sebarang podium walaupun telah beraksi 57 perlumbaan WRC.
- Pada tahun 2009, Skoda sekali lagi mengambil bahagian dalam dunia rali akan tetapi dalam kelas yang lebih rendah, apabila mempertaruhkan model Skoda Fabia S2000 dan beraksi dalam Intercontinental Rally Challenge.

- Dan seterusnya Skoda Fabia S2000 ini terus mengungguli saingan rali IRC & ERC dengan beberapa lagi siri kemenangan.
- Rentak kemenangan Skoda diteruskan lagi dengan kehadiran kereta rali baharu, Skoda Fabia R5 yang mula diperkenalkan pada tahun 2015. Dan sekali gus kembali beraksi dalam kancah WRC bagi kategori WRC2.
- Ternyata percaturan Skoda Motorsport untuk menumpukan perhatian dalam kategori R5 dan WRC2 ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mencatat 35 kejayaan diantara tahun 2015 – 2018. (Esapekka Lappi juara WRC2 – 2016, Pontus Tidermand juara WRC2 – 2017 & Jan Kopecky juara WRC2 – 2018)
- Versi kemaskini pula telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan Skoda Motorsport telah menggunapakai nama Skoda Fabia R5 Evo sebelum sekali lagi menjenamakan sebagai Skoda Fabia Rally2 evo, seiring dengan langkah penstrukturan semula piramid kereta rali yang dikeluarkan oleh FIA.

- Dan setelah beberapa tahun, Skoda Motorsport akhirnya memperkenalkan model baharu, Skoda Fabia RS Rally2 yang kelihatan cukup kacak dan bergaya bagi meneruskan legasi rali mereka.
- Untuk model ini, ianya menggunapakai enjin daripada EA888 2.0 TSI yang boleh didapati pada model Skoda Kodiaq vRS serta Volkswagen Golf GTI. Akan tetapi ianya telah diturunkan daripada 2.0 liter kepada 1.6 liter sahaja bagi mematuhi regulasi oleh FIA.

- Secara keseluruhan, model kereta rali Skoda ini telah pun memenangi sebanyak 1,710 kali serta memberikan kemenangan kepada pelumba handalan masa kini seperti Andreas Mikkelsen serta Kalle Rovanperä.
- Tahukah bahawa Skoda telah pun menghantar sejumlah 450 unit model Skoda Fabia Rally2 diseluruh dunia untuk kegunaan pasukan rali, termasuklah ada sebuah unit yang kini berada di Indonesia. Dengan pengenalan model ini, sudah tentu jumlah ini akan meningkat berganda lagi sekali gus menjadikan ianya model Rally2 yang paling popular dan berjaya seluruh dunia.
BACA : GENERASI BAHARU SKODA FABIA RALLY2 BAHARU SEDANG DIUJI