Buletin

XIAOMI PERKENAL SKUTER PRO 2 EDISI MERCEDES AMG PETRONAS F1. HARGA RM3,915

Xiaomi memperkenalkan skuter terbaharu Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG Petronas F1.

Secara asasnya, skuter itu dibangunkan berdasarkan Mi Electric Scooter Pro 2 yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Skuter elektrik yang mendapat sentuhan warna jentera Silver Arrow itu dijual pada harga bermula RM 3,915.

Dengan menampilkan rekaan badan aloi, ia hanya memiliki berat 14.2 kg dan mampu menahan beban sehingga 100 kg.

Logo Mercedes-AMG Petronas F1 terukir kemas pada bahagian papan skuter dalam memberikan kesempurnaan rekaan edisi khas terbabit.

Ia turut menampilkan skrin paparan kelajuan dan peratus bateri menyerlahkan sisi eksklusif skuter elektrik ini.

Skuter elektrik edisi Mercedes-AMG Petronas F1 didatangkan bateri 12,400 mAh dengan sekali cas yang mengambil masa selama 8 hingga 9 jam.

Skuter terbaharu itu berupaya memecut mencecah 25 km/j dengan jarak sejauh 45 km dan mendaki cerun pada sudut 20 darjah.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi kawalan adaptif untuk kecerahan lampu, sistem brek berkembar, sistem brek eABS (electronic anti-lock braking system).

Bagi tunggangan yang stabil, skuter boleh dilipat itu didatangkan dengan tayar pneumatik 8.5 inci. – agensi

Google ads
Back to top button