Motosikal

ZXMOTO BAKAL DEBUT SKUTER 250CC SEPTEMBER INI – ENJIN DUA SILINDER, 27HP

ZXMOTO bakal mendedahkan skuter pertama syarikat itu seawal bulan September ini ketika di China International Motorcycle Trade Exhibition (CIMA) 2026.

Menariknya, skuter pertama dari ZXMOTO itu bukanlah skuter 250cc yang konvensional seperti Yamaha XMAX 250 mahupun Honda NSS250. Ini kerana skuter berkenaan menempatkan enjin di ruangan hadapan dengan pacuan akhir menggunakan rantai. 

ini bukan langkah baharu kerana beberapa skuter dari China turut menerapkan konfigurasi sama antaranya SYM ADXTG 400.

Sementara itu, skuter ZXMOTO ini juga tidak digerakkan enjin satu silinder sebaliknya dikuasakan unit dua silinder (parallel-twin) 249cc yang berupaya menghasilkan 27hp. 

Berdasarkan laporan di China, skuter tersebut turut menawarkan ciri seperti fork USD, rim 15-inci depan dan 14-inci belakang selain ABS dwi-saluran dan traction control. 

Google ads
Back to top button