Artikel Pilihan

RAHSIA KEMENANGAN PASUKAN MERCEDES AMG PETRONAS F1.

Sebaik sahaja enjin generasi baru V6 dengan teknologi MGUK serta MGUH diperkenalkan pada tahun 2014, pasukan Mercedes AMG Petronas F1 menang kejuaraan perlumbaan F1 tahun demi tahun. Seolah-olah menjadikan mereka sebagai pasukan yang tidak terkalah. Dominasi pasukan Ferrari pula bagaikan diayam-ayamkan oleh pasukan Mercedes AMG Petronas.

Kali ini, mari kita semak bagaimana aspek kejuruteraan automotif memastikan kemenangan pasukan Mercedes AMG Petronas setiap tahun

1. Pakej Aerodinamik – terdapat tiga komponen utama pada bahagian pada cesi kereta lumba F1 iaitu sayap di bahagian depan (front wing), lantai cesi dan juga sayap di bahagian belakang (GT wing) dengan semua mempunyai fungsi yang berbeza tapi bekerjasama antara satu sama lain. Anda tidak boleh menngubah sesuka hati rekaan sayap depan kerana ia akan menjejaskan keseluruhan pakej aerodinamik

Sayap depan berfungsi dengan menghasilkan daya tekanan pada bahagian depan kereta dan menyalirkan aliran udara kepada komponen lain seperti brek dan rongga kemasukan udara untuk enjin. Bahagian lantai cesi jentera F1 pula direka seperti sebuah sayap kapal terbang, semakin laju udara melaluinya semakin kuat daya tekanan pada bahagian tengah cesi

GT Wing yang besar di bahagian belakang memastikan daya tekanan yang kuat dihasilkan pada bahagian belakang namun dengan beberapa sirip kecil yang bertindak menghasilkan vortices bagi membatalkan kesan zon tekanan rendah di bahagian belakang GT Wing.

Perbezaan antara pasukan Mercedes AMG Petronas ialah ia memiliki panjang cesi yang lebih sedikit berbanding dengan pasukan lain dan memberikan mereka 3 kelebihan utama. Pertama rekaan sayap di bahagian depan boleh direka agar mengurangkan geseran dengan merendahkan sudut pada sayap.

Kedua jurutera boleh menyalirkan udara keluar dari bahagian enjin dengan lebih efisyen. Ketiga ialah cesi yang panjang pada bahagian lantai akan memberikan kelebihan untuk menghasilkan daya tekanan pada bahagian cesi yang lebih berbanding dengan pasukan lain

2. Enjin – apabila enjin baru 1600cc V6 diperkenalkan pada tahun 2014 ia dipadankan dengan teknologi MGUK dan juga MGUH. MGUK merupakan singkatan kepada Motor Generator Unit Kinetic merupakan satu motor elektrik yang akan menjana dan menyimpan tenaga kinetik kepada elektrik sewaktu membrek di dalam bateri sistem. Jika diperlukan sewaktu memecut, tenaga elektrik ini akan dihantar kepada unit MGUK

Sistem turbo yang digunakan pada enjin Mercedes AMG Petronas juga sangat komplek. Bahagian turbo dipecahkan kepada 3 komponen utama. Unit kompressor akan berada di bahagian depan enjin dan unit turbin berada di bahagian belakang enjin. Ini memastikan udara panas yang menggerakkan turbo tidak bercampur dengan udara sejuk yang dipaksa masuk oleh kompressor.

Di tengah-tengah antara kompressor dan turbin ini ialah unit MGUH atau Motor Generator Unit Heat yang akan menjana tenaga elektrik bila lebihan tenaga kinetik dijana oleh sistem turbo. Tenaga elektrik ini akan disimpan dalam bateri sistem. Sewaktu memecut, unit MGUH ini akan menerima kuasa elektrik dari bateri bagi memastikan sistem turbo berputar dengan pantas dalam masa yang singkat dan menghapuskan terus masalah turbo-lag

3. Sistem penyejukan tayar dan brek- salah satu cabaran lain dalam perlumbaan F1 ialah pengurusan haba termasuklah menyejukkan komponen brek dan juga tayar agar beroperasi pada suhu yang optimum. Jurutera Mercedes AMG F1 telah memasang sejenis spacer pada bahagian belakang tayar

Rekaan spacer ini akan menyedut udara sejuk dari luar agar melaluinya ketika dipandu laju, menyejukkan komponen brek seperti angkup brek dan cakera brek serta pada masa yang sama memastikan tayar berada pada suhu yang paling optima

4. Dual Axis Steering – atau singkatannya ialah DAS dan kebanyakan rahsia teknikal sistem ini tidak banyak diketahui oleh umum. Steering berfungsi dengan menukar arah dari kiri ke kanan berdasarkan input daripada pelumba. Namun sistem DAS ini membenarkan pelumba mengubah sudut toe-in dan juga toe out ketika berlumba sewaktu Safety Car keluar

Dalam keadaan tidak selamat atau kemalanga, Safety Car akan keluar untuk mengawal perjalanan perlumbaa dan halaju akan turun mengikut perturan FIA. Keadaan ini akan menyebabkan suhu tayar turun dengan mendadak dan mengurangkan prestasinya ketika perlumbaan disambung nanti. Bagi mengasti masalah ini, DAS diperkenalkan

Dengan mengubah sudut toe-in atau toe-out sewaktu kehadiran Safety Car, ia akan menyebabkan geseran pada tayar depan bertambah dan suhu tayar akan dapat dikekalkan. Ia memberikan peluang kepada Lewis Hamilton untuk terus memecut di jalan lurus dan selekoh tanpa perlu risau dengan suhu tayar yang rendah

Google ads
Back to top button