Artikel Pilihan

7 ENJIN YANG GAGAL DALAM SEJARAH F1. TAK SEMPAT RACE DAH KONG

Biasanya enjin yang digunakan dalam perlumbaan F1 merupakan enjin yang paling canggih dan inovatif yang pernah dicipat oleh jurutera perlumbaan. Ia mestilah kuat gila, ringan dan tahan lasak agar mampu bertahan sepanjang perlumbaan. Enjin yang meletup ketika berlumba adalah satu perkara yang sangat malang jika ia berlaku.

Kami senaraikan di sini enjin-enjin yang pernah digunakan dalam perlumbaan F1 dan ia merupakan enjin yang gagal.

1. Enjin W 12 Silinder 3500cc Life Racing Engine – merupakan pasukan dari Itali yang berlumba dalam F1 diketuai oleh Franco Rochi yang juga merupakan bekas jurutera Ferrari. Franco percaya akan kemampuan enjin susunan W 12 silinder yang menggabungkan 2 enjin V6 pada satu aci engkol. Ia lebih kompak berbanding dengan enjin V12

Walaupun dari segi teori enjin ini hebat di atas kertas lukisan, namun sayangnya jentera yang dikuasakan dengan enjin ini gagal menamatkan perlumbaan walaupun semasa sesi kelayakan dan pada kebanyakan masa perlu ditunda semula ke garaj. Enjin 3500cc W12 ini digantikan dengan enjin V8 yang lebih ringkas dan boleh diharap.

Keputusan : tiada kemenangan, tiada mata, hanya telur ayam

2. Enjin H 16 Silinder 3000cc BRM – British Racing Motor menghasilkan enjin ini untuk dipadankan dengan jentera Lotus bagi memberi saingan pada pasukan Ferrari. Ia dihasilkan dengan menggabungkan 2 enjin boxer 8 silinder pada satu aci engkol yang disusun secara bertindan. Tak pernah dibayangkan macam mana enjin ini dibuat.

Walaupun enjin ini menghasilkan kuasa yang kuat namun ia sangat tak boleh diharap. Gegaran yang dihasilkan sangat teruk sehingga ia memaksa jurutera menggunakan balancer shaft, menjadikan enjin lebih kompleks . Apabila disusun secara berlapis ia menjadikan enjin ini tinggi dan tidak stabil dan juga amat berat. Jackie Stewart hanya memenangi 1 perlumbaan Grand Prix dengan enjin ini

3. Subaru 1235, 12 Silinder Boxer 3500cc – ketika awal 1990an di mana ekonomi Jepun berkembang dan Subaru ada duit berkoyan-koyan, pengurusan Subaru bertindak memasuki perlumbaan F1 bagi mempromosikan teknologi enjin Boxer. Mereka meminta bantuan Carlo Chiti iaitu jurutera yang membangunkan enjin Flat-12 Alfa Romero

Motori Moderni diberi kontrak untuk membangunkan enjin Boxer 12 silinder menghasilkan 600 kuasa kuda namun musuh utama enjin ini ialah ia sangat berat menjadikannya tidak kompetitif. Malah ketika perlumbaan enjin ini tidak lasak seperti yang diharapkan. Selepas gagal menghabiskan 8 perlumbaan, Subaru menghentikan terus pembangunan enjin ini.

Keputusan: tiada kemenangan, tiada mata, hanya telur itik

4. Porsche V 12 Silinder 3500cc 3512 – ketika era Turbo, Porsche merupakan pembekal enjin yang berjaya dan merupakan satu pasukan yang dihormati di Le Mans 24 hours. Namun nasib tidak menyebelahi mereka ketika Porsche menjadi pembekal enjin F1 bermula tahun 1991 bagi pasukan Footwork Arrows

Enjin ini dihasilkan dengan rekaan 80 darjah susunan V namun sebaik sahaja enjin ini siap, mereka mendapati enjin ini berat (190kg) dan besar menyebabkan cesi kereta terpaksa dibesarkan. Ketika perlumbaan masalah biasa enjin ini ialah gagal mendapatkan tekanan minyak pelincir yang cukup

5. Yamaha OX88 (V8) dan Yamaha OX99 (V12) 3500cc – ia dihasilkan oleh syarikat Yamaha dengan rekaan V8 pada susunan 75 darjah serta menggunakan 5 injap per silinder. Ia menghasilkan 650 kuasa kuda sahaja berbanding dengan pasukan lain yang berjaya menghasilkan 720 kuasa kuda. Tambah malang lagi enjin ini mengalami masalah mekanikal ketika perlumbaan.

Yamaha kembali sebagai pembekal enjin dengan kod OX99 yang menggunakan 12 silinder susunan V. Enjin ini digunakan oleh pasukan Brabham, Jordan, Tyrell dan juga Arrows. Dari 32 perlumbaan, enjin ini hanya mencatatkan 4 mata sahaja.

6. Alfa Romeo 1500cc 4 silinder Turbo 451T- ketika memasuki era enjin turbo, Alfa Romeo menandatangani perjanjian persefahaman dengan pasukan Legier sebagai pembekal enjin. Enjin 4 silinder 1500cc ini mampu menjana sehingga 850 kuasa kuda. Namun disebabkan mulut celupar Rene Arnuox pasukan Alfa berkecil hati dan menghentikan perjanjian tersebut

7. Hart 415T, 4 silinder turbo 1500cc – dibangunkan oleh Brian Hart Limited atau lebih dikenali dengan nama Hart Racing Engine merupakan pembekal enjin berkuasa turbo yang boleh dibeli dengan kos yang rendah ketika era turbo. Namun setelah Renault, Honda dan Porsche berjaya mendapatkan boost yang lebih tinggi, enjin Hart mulai ketinggalan zaman

Ketika era kegemilangannya, enjin ini berjaya menghasilkan 750 kuasa kuda pada 11,000 RPM. Enjin ini digunakan pada pasukan kecil seperti Raam, Spirit dan Haas Lola. Kira pasukan belasahan la ni, sebab kemampuan kewangan terhad jadi enjin pun tak berapa power

Google ads
Back to top button