Motosikal

ZONTES 552G LANCAR DALAM MASA TERDEKAT – 51HP, 56NM

Pelancaran global Zontes 552G dijangka semakin hampir dengan dokumen kelulusan jenis kenderaan (VTA) telah pun didaftarkan di China. 

Zontes dijangka akan memperkenalkan 552G ini secara rasmi sama ada bulan ini di China International Motorcycle Trade & Exhibition (CIMA) atau November nanti di EICMA. 

Berdasarkan dokumen VTA tersebut, beberapa ciri penting ditawarkan 552G ini dapat dikenal pasti antaranya skuter adventure ini akan dikuasakan enjin dua silinder serba baharu bersesaran 531cc yang mampu menghasilkan 51hp dan 56Nm. 

Ini bermakna 552G bakal menjadi skuter paling berkuasa yang pernah dihasilkan Zontes di Guangzhou, China dan bakal bersaing dalam segmen sama dengan Yamaha TMAX 560. 

Meskipun reka bentuk jelas mirip dengan 368G namun terdapat beberapa ciri lain yang berbeza antaranya penggunaan suspensi belakang jenis monoshock. 

Antara perincian lain dinyatakan termasuk:

  • pencahayaan LED penuh
  • meter TFT
  • dashcam depan dan belakang
  • tangki bahan api 17L
  • rim 17-inci depan dan 15-inci belakang
  • ABS dwi-saluran
  • traction control
  • cruise control

Sementara itu, sistem drivetrain (pacuan) juga kelihatan unik kerana kelihatan dipadankan bersama swingarm lantas membentuk satu unit yang sama. 

GALERI: ZONTES 552G

Google ads
Back to top button