
YAMAHA RX-Z SERBA BAHARU 4 LEJANG? ABANG DAN ADIK SEMUA SILA MOVE ON…
Baru-baru ini, timbul berita bahawa Yamaha bakal menghasilkan semula model RX-Z baharu untuk pasaran Malaysia.
Sebenarnya tidak ada alasan kukuh untuk Yamaha Motor Corporation mengeluarkan semula Yamaha RX-Z setelah 10 tahun meninggalkan pasaran tempatan kerana enjin dua-lejang tidak mematuhi peraturan emisi yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin bahawa model baharu itu bakal menggunakan enjin empat-lejang.

Berdasarkan informasi terkini, tidak akan ada model RX-Z buat masa ini. Risalah yang tersebar adalah model replika RX-Z untuk pasaran India. Ia dinamakan sebagai RX15-Z.
Di sebalik kepercayaan orang ramai terhadap kehadiran motosikal legenda itu, harus diteliti juga bahawa pelbagai pembaharuan harus dilakukan. Apatah lagi dengan masa kini, kesedaran tentang teknologi hijau memerlukan pengeluar untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. – motoqar
- BACA: BUAT WHEELIE DI PAGI RAYA, LELAKI DITAHAN POLIS, YAMAHA RXZ DISITA
- BACA: AKIBAT PERMINTAAN TINGGI , PENGEDAR “MARK-UP” HARGA CIVIC TYPE-R RM100K (NAMPAK, BUKAN RXZ SAHAJA MAHAL)
- BACA: YAMAHA RX-Z 2009 MAHU DIJUAL PADA HARGA KAYANGAN RM180K. MOTOR FULL ORI KATANYA…
- BACA: YAMAHA RX-Z CATALYZER TUKAR DENGAN TANAH LOT, DEMO KENAL BARE









