Motosikal

YAMAHA NVX 2022 TERIMA WARNA BAHARU. HARGA BERMULA RM11,498 (ABS) DAN RM9,298 (STANDARD)

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan pengenalan dua warna baharu iaitu Mystique Ruby dan Platinum Navy untuk varian ABS Yamaha NVX. Manakala varian Standard pula menerima warna Cyan dan Matt Grey. 

Yamaha NVX dengan warna baharu itu sudah berada di semua pengedar sah Yamaha sejak 11 Oktober 2022 pada harga RM11,498 (ABS) dan RM9,598 (Standard). Harga tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans. 

Pelanggan akan menerima kunci cakera bernilai RM100 dengan setiap pembelian. 

Skuter dengan rekaan sporty itu dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair dan Variable Valve Actuation (VVA) bersesaran 155cc.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 15.4PS pada 8,000rpm dan tork 13.9Nm pada 6,500rpm.  

GALERI

Google ads
Back to top button