Buletin

JAM TANGAN EDISI TERHAD HONDA X CASIO. HARGA RM2,923

Pada 60 tahun lalu, jenama Honda melakar sejarah tersendiri apabila memenangi World Championship Grand Prix Race melalui pelumba muda Kunimitsu Takahashi.

Dia yang menunggang jentera RC162 mencatat kemenangan sulung berkenaan dalam kategori 250 cc Grand Prix Jerman Barat pada tahun 1961.

Bagi memperingati hari penuh bersejarah tersebut, Honda Racing bekerjasama dengan pembuat jam tangan Casio membikin jam tangan Edifice edisi terhad.

Jam tangan edisi terhad itu menampilkan bezel dan permukaan dalaman aluminium serta dipadankan cowl aluminium dengan tertera RC162.

Garis berwarna merah dan kuning pada jam tangan berkenaan turut diilhamkan daripada grafik yang terdapat pada jentera RC162.

Antara ciri-ciri menarik termasuk logo klasik Honda, logo Honda Racing dan ukiran sayap pada bahagian pelindung belakang jam.

Lebih menarik, jam tangan edisi terhad itu didatangkan rekaan kulit yang digunakan Takahashi ketika perlumbaan.

Selain itu, ia turut menampilkan ciri-ciri moden seperti sistem pengecas Tough Solar Casio, boleh memaparkan waktu sebanyakk 29 bandar di seluruh dunia, kalendar automatic, stopwatch, fungsi hari serta tarikh dan penerimaan radio 6 band.

Jam tangan edisi terhad tersebut boleh didapati pada bulan Mei nanti pada harga AS$705 (RM2,923) – rideapart

Google ads
Back to top button