Buletin

JAGUAR XE REIMS EDITION – GARANG & 200 UNIT TERHAD

Di dalam media massa, pembaca sering disajikan dengan kehebatan sedan premium dan sporti dari jenama BMW, Mercedes-Benz dan Audi.

Bukan setakat media massa, personaliti media sosial dalam bidang automotif juga sering tampil dengan tiga jenama Jerman tersebut.

Jaguar dari Britain tidak kurang hebatnya, jenama ini turut mempunyai sedan premium sporti.

Di antara model yang patut diberi perhatian ialah Jaguar XE dan kini hadir dalam versi XE Reims Edition. Nama khas itu adalah sempena kemenangan pertama Jaguar D-Type pada perlumbaan 12 jam Reims 1954 di Perancis.

Kereta itu dipandu oleh Ken Wharton dan Peter Whitehead dengan jarak lebih daripada 2,000 km dan kelajuan purata 169 km/j.

Pencapaian begitu lebih 60 tahun dahulu adalah sesuatu yang luar biasa.

Di pit perlumbaan Jaguar di litar tersebut dilekatkan satu plak peringatan oleh Jaguar-Daimler Heritage Trust pada September 2006. 

XE Reims Edition adalah siri pertama kenderaan keluaran terhad Jaguar Factory Specials dengan ciri-ciri istimewa. 

Satu keistimewaan pada model terhad ini ialah warna French Racing Blue yang sebelumnya digunakan pada model hardcore XKR-S dan XFR-S.

Edisi ini ditawarkan dengan enjin tunggal 2.0 liter Ingenium petrol (P250) dalam varian R-Dynamic S.

Selain warna biru istimewa, beberapa bahagian dikontra dengan warna hitam seperti bumbung, cermin sisi, riasan dan roda 19 inci hitam kilat.

Kelengkapan standard lain ialah cermin privasi dan spesifikasi Black Pack warna hitam kilat pada gril, keliling cermin, sisik tepi, fungsi pemanas pada cermin utama, kerusi dan stereng.

BACA: JAGUAR XK120 5 DEKAD DALAM BANGSAL, BERAPA NAK JUAL NI?

BACA: JAGUAR XE SV PROJECT 8, SEDAN 0-100KM/J DALAM 3.7 SAAT (LONG LIVE SEDAN!)

BACA: BEKAS KETUA PEREKA JAGUAR LAND ROVER SERTAI GEELY UK, BERI KHIDMAT SOKONGAN KEPADA PROTON

Google ads
Back to top button