![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/vistara-2021-mekanika-700x470.jpg)
49 PENUMPANG DALAM SATU PESAWAT DARI INDIA POSITIF COVID-19
Sekurang-kurangnya 49 penumpang pesawat dari New Delhi disahkan positif Covid-19, menurut pihak berkuasa.
Semua penumpang itu disahkan positif selepas tiba di Hong Kong menerusi pesawat Vistara pada 4 April lalu.
Ujian saringan di Hong Kong dilaksanakan secara berkala berjaya merekodkan penurunan kes harian selepas gelombang keempat Januari lalu.
Pihak berkuasa Hong Kong melaksanakan sekatan selama dua minggu penerbangan dari India, Pakistan dan Filipina, bermula Isnin.
Negara berkenaan dikategorikan sebagai ‘sangat berisiko tinggi’.
Ia selepas penemuan varian Covid-19 baharu N501Y buat kali pertama.
Pesawat Vistara boleh menampung sehingga 188 penumpang tetapi pihak berkuasa Hong Kong tidak mengatakan berapa ramai yang menaiki pesawat terbabit.
India merupakan negara yang sedang berdepan dengan peningkatan mendadak penularan Covid-19 sehingga hospital kekurangan katil sekali gus pihak kerajaan terpaksa mengenakan kawalan ketat. – agensi