
REMAJA BERANI MATI!!! PAUT PADA GEAR PENDARATAN PESAWAT KARGO SEJAUH 8,046 KM
Seorang remaja Kenya terselamat menaiki penerbangan dari London hingga Belanda dengan memaut gear pendaratan pesawat kargo Turkish Airlines dalam keadaan suhu sejuk pada ketinggian mencecah 5,791 meter.
Dia yang berusia 16 tahun ditemukan pada pesawat berkenaan ketika mendarat di Lapangan Terbang Maastricht.
Remaja itu mengharungi perjalanan sejauh 8,046 kilometer selain merentasi Laut Utara dari Stansted pada ketinggian 5,791 meter dikejarkan ke hospital kerana mengalami hypothermia.
Menurut jurucakap lapangan terbang pada DutchNews.nl, remaja terbabit sangat bertuah kerana dapat mengharungi perjalanan tersebut.
Perjalanan pesawat kargo Airbus A330 itu mengambil masa kira-kira satu jam apabila tiba dari London Stansted.
Menurut laporan Evening Standard, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan berhubung kes terbabit sekiranya terdapat kaitan dengan pemerdagangan manusia. – agensi