Buletin

BUKAN SEKALI TAPI 3 KALI PRESIDEN AS TERSADUNG TANGGA PESAWAT AIR FORCE ONE

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tersandung ketika menaiki tangga pesawat Air Force One di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland pada Jumaat.

Biden dalam perjalanan ke Atlanta untuk bertemu dengan komuniti Asia susulan pembunuhan lapan wanita di situ.

Beliau tersandung tiga kali dan dilihat hampir terduduk sebelum berjaya menaiki tangga dan memberi tabik hormat kepada anggota tentera di landasan.

Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre memberitahu kejadian disebabkan angin kencang di lapangan terbang tersebut.

Biden dilapor tidak mengalami kecederaan.

“Keadaan angin sangat kencang ketika itu. Saya pernah hampir tersandung ketika menaiki tangga berkenaan.

“Selepas kejadian, beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan. Beliau sihat 100 peratus,” katanya kepada pemberita.

Ramai tertanya-tanya tentang tahap kesihatan Biden yang berusia 78 tahun itu terutamanya selepas beliau tersilap menggelar timbalannya sebagai presiden.

Ramai rakyat Amerika Syarikat tidak yakin Biden mempunyai kekuatan secara fizikal dan mental untuk menjadi presiden.

Kejadian di Pengkalan Tentera Udara Andrews berlaku susulan kecederaan yang dialami pada pergelangan kaki pada November lalu. – NBC News/agensi

Google ads
Back to top button