Buletin

PESAWAT KARGO ETHIOPIAN AIRLINES SALAH LANDING KAT AIRPORT BELUM SIAP

Sebuah pesawat kargo Boeing 737 Ethiopian Airlines secara tidak sengaja telah mendarat di lapangan terbang yang masih dalam pembinaan berdekatan wilayah Copperbelt, Lusaka, Zambia.

Buat masa ini, lapangan terbang yang beroperasi adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Mwansa Kapwepwe yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi ia mendarat.

Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Misheck Lungu berkata, juruterbang itu memaklumkan bahawa dia ‘secara tidak sengaja’ mendarat pesawat di lokasi berkenaan.

“Ketika dia hendak mendarat pesawat, dia berkomunikasi dengan radar dan mereka memaklumkan bahawa tidak nampak pesawat terbabit.

“Justeru, dia terpaksa menggunakan penglihatannya untuk mengawal penerbangan dan mendarat di lapangan terbang yang masih belum siap itu,” katanya.

Lungu menambah, tiada sebarang kerosakan berlaku dan penyiasat akan mengeluarkan laporan lengkap berkaitan insiden berkenaan.

Juruterbang itu kemudiannya menerbangkan semula pesawat berkenaan ke destinasi sebenar.

Ethiopian Airlines mengesahkan insiden berkenaan dan perincian sedang disiasat dengan kerjasama pihak berkuasa Zambia.

Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Copperbelt sepatutnya dijadualkan pada pertengahan 2020 namun ia ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. – agensi

Google ads
Back to top button